Tuesday, April 12, 2011

Pokok Bunga Kesidang

kali ni mama nak cerita pasal taman bunga kita kat depan rumah tu..dalam macam2 jenis bunga yang ada, mama paling suka pokok bunga kesidang..ni gara2 terbakar tengok kesidang kat rumah acik nab faris..terus abah gi area sg. buluh cari anak pokok bunga kesidang..lupa berapa hengget 1..

ok..mesti faris nak tau lebih lanjut pasal pokok bunga ni kan..

Nama Tempatan: Kesidang, Pokok Tikar Seladang atau Pokok Bunga Kerak Nasi
Nama Botanik: Vallaris Glabra

Pokok ni sejenis tumbuhan dari keluarga Apocynaceae. Kat negara barat nama dia bread flower dan dipercayai berasal dari kepulauan jawa. Pokok ni tumbuh memanjang dengan batangnya yang kecil tapi berkayu serta mudah lentur. Sifat batangnya yang mengembang pada bahagian hujungnya menyebabkan ia menjadi pilihan sebagai tanaman untuk menghias junjung atau pergola di taman. Walaupun ia juga boleh sentiasa dipangkas untuk membentuk pohon renek yang merimbun. Kulit batang dan daun kesidang mempunyai getah yang berwarna putih. Ia mempunyai perdu setinggi ± 3 meter. Tumbuh tegak dengan daun majmuk, berbentuk payung berpasangan.

Bunganya yang berwarna putih dan saiznya kecil boleh menerbitkan bau wangi yang seakan-akan bau daun pandan. Ia juga dipanggil bunga kerak nasi bukan hanya kerana warnanya yang putih dan bentuk jambak bunganya yang seakan-akan kerak nasi, tetapi kerana baunya juga. Baunya jika diamati seolah-olah menyerupai bau nasi. Baunya yang harum semerbak ini menyebabkan ia juga digunakan sebagai ramuan untuk membuat bunga rampai setelah dicampur dengan bahan-bahan lain seperti daun pandan dan bunga-bunga wangi yang lain.

ni picture kesiang kat depan rumah kita..ada banyak jambak..tapi sempat snap 1 ni je..huhu..


ni la pokok kesidang nyer batang..time belum ada bunga..boleh lentur2 buat arch ke..lilit2 kat roof steel frame ke..
 
taman bunga ni abah yang banyak tanam and jaga..mama just tolong siram sebelum or balik kerja..kawasan tu kena touch up sikit kasi cantik..tapi takde masa sesuai lagi..takpe..nanti faris tolong ek..

pokok2 lain..hehe..agak tak terjaga..abah kena do something nih..hehe..mama tolong siram je..

ni bunga apa tah..beli kat tesco..ni kaler purple..

ni kaler pink and white..mama suka tengok..kena rajin kasi siram kasi baja..

ni mama panggil pokok 'ong'...manyak 'ong' ooo...

tempat kita lepak malam ni pon nak kena letak pokok comel2..

mama lagi suka jaga kebun sayur kita..nanti mama story ek..kebun tu dah banyak menyumbang dalam lauk pauk yang mama masak..daa...

No comments: