Thursday, September 30, 2010

Mee Goreng Kegemaran Kita Sekeluarga

Nak tau tak??..faris sekarang dah pandai suap makanan sendiri..mula-mula abah belikan faris tikar mengkuang kecik..faris makan kat bawah..abah dan mama makan kat meja makan..tapi macam tak best pulak..abah dan mama sedap-sedap makan kat atas tapi faris sorang-sorang makan kat bawah..abah pon join makan dengan faris..kongsi tikar yang kecik tu..comel je..

Asal bentang tikar je faris terus duduk..tapi masa bulan puasa hari tu faris join abah dan mama berbuka kat meja makan..memang meja makan dan lantai je yang penuh dengan makanan berterabur..takpe..abah dan mama tak kisah sebab kalau faris suap sendiri lagi banyak makanan masuk dari mama yang suapkan..susah tau nak suap faris makan..mama kena kejar faris..bagi makan sambil faris main basikal..hehe..

Mama perasan, kalau nasi faris tak berapa nak makan..tapi kalau mee, bihun atau pasta..memang kegemaran faris..mama suka tengok faris pegang sudu biru..cuba masukkan makanan kemudian masuk dalam mulut faris..oh ya..mangkuk biru, cawan biru, sudu biru dan garfu biru - ini semua faris punya set makanan..

Ops..mama dah melalut..tajuk kat atas tu pasal mee goreng..mama nak turunkan resepi mee goreng kegemaran kita sekeluarga kepada faris..nenek keramat yang ajar mama..malam tadi mama buat lagi..kita makan dengan lahapnya..faris ikut genetik abah..bule tahan makan pedas tau..hehe..

Bahan-bahannya:

6 biji bawang merah (kisar)
4 biji bawang putih (kisar)
4 sudu cili boh (brand maz)
1 keping tauhu (tumbuk lumat)
ayam potong kecik-kecik
fish kek
sedikit sos cili (brand life)
sedikit sos tomato (brand life)
sedikit kicap pekat (brand mahsuri)
1 bungkus mee kuning
1 ikat sayur sawi
sedikit minyak untuk menumis
sedikit air
sedikit garam

Cara-caranya:

1. Tumis bawang yang telah dikisar sampai naik bau. Masuk cili boh dan ayam. Tunggu 10 minit.
2. Masukkan tauhu tumbuk, fish kek, sos cili, sos tomato, kicap pekat dan garam secukup rasa. Tunggu ayam betul-betul masak.
3. Masukkan mee kuning dan sayur sawi. Kalau nak mee basah, tambah sikit air. Faris suka mee goreng basah.

Nota: Mama tak suka masuk telur sebab nanti bau hanyir. Tauhu tumbuk tu pon dah macam rupa telur. Agaknya 3biji telur = 1keping tauhu.

Nanti faris buat untuk abah dan mama pulak ye..

Cerita Pertama Mama

Assalamualaikum cinta hati mama..Faris Najmi (dan adik-adik)..

Tujuan mama adakan blog ini semata-mata sebagai salah satu bahan bacaan elektronik untuk anak (anak-anak) mama bila sudah pandai membaca nanti..idea ini datang secara tiba-tiba..mama terfikir kalau satu hari nanti faris (dan adik-adik) bertanyakan tentang kisah sewaktu kecil..mungkin masa itu banyak kisah-kisah menarik yang mama sudah lupa..

Di dalam blog ini mama akan coretkan segala perkara yang berkaitan dengan keluarga kita..mama mengandaikan yang diri mama sedang bercerita dengan faris (dan adik-adik) melalui blog ini..ketika cerita pertama ini mama coret, umur faris sudah hampir 1 tahun 9 bulan..mama rasa sangat rugi sebab banyak kenangan yang mama sudah ingat-ingat lupa..tidak mengapalah..mama masih simpan gambar-gambar dari hari pertama faris lahir hingga ke hari ini..gambar jugak boleh 'bercerita' kepada faris..

Sayang mama,

Abah dan mama sangat bersyukur dengan kehadiran faris (dan adik-adik) sebagai pelengkap rumah tangga..anak-anak bukan racun..tapi penawar abah dan mama..anak-anak mengajar abah dan mama untuk lebih bertanggungjawab untuk menjaga kerukunan rumah tangga..mama percaya keluarga bahagia insyaAllah lahirnya anak-anak yang mempunyai jati diri..insyaAllah abah dan mama akan buat segala yang termampu agar faris (dan adik-adik) mendapat kasih sayang sama rata, pendidikan dunia dan akhirat yang selayaknya, perlindungan dari pengaruh tidak sihat dan apa saja..ini semua kerana kasih sayang yang tiada sempadan..

Mama berharap bila faris (dan adik-adik) selesai membaca cerita pertama ini..maka teruskan lah membaca cerita seterusnya..pasti faris (dan adik-adik) akan tersenyum sendiri..ini yang mama harapkan..kenangan yang tidak luput ditelan masa..ingat ini sayang - 'Keluarga kita adalah kita yang mewarnakannya'..muah pipi faris seperti faris suka muah pipi mama kiri kanan..hehe