Wednesday, December 22, 2010

Sinopsis Drama Sebabak untuk Anugerah Skrin oleh Director Tersohor - Mamafaris

ni sinopsis drama sebabak yang dilakonkan oleh pelakon terkenal kat atas tu..seman syam nor dan dzarinah che wan...jalan cerite dia memang best..lain dari yang lain..agak2 bule menang BESAR dalam Anugerah Skrin tak??

barisan pelakon:

Seman Syam Nor sebagai suami mithali
Dzarinah Che Wan sebagai isteri yang tengah pregnant
Dr. Siti Mariam sebagai doc O&G
Faris Najmi sebagai baby baru pop out
Nurses (pekerja tetap hospital)

Ok..ni sinopsis untuk cerite yang kompom masuk Anugerah Skrin...scene ini dibuat di Shah Alam Specialist Hospital pada 2 jan 2009 pukul 11.30am..

Kelihatan sepasang suami isteri sedang sabar menuggu giliran untuk berjumpa doctor..si isteri sedang pregnant 1st baby and dah 39weeks..tunggu punya tunggu pukul 12.30pm baru dapat jumpa doctor..doctor scan baby untuk melihat perkembagan baby and berat..doctor very the shocked sebab baby dah 3.70kg..and air ketuban sungguh banyak..doctor bagitau kena deliver hari itu jugak..pasangan itu pon melopong..???..siap request lagi..saya tak sakit pon..bule tak deliver minggu depan??doctor geleng kepala tanda protes kerana si isteri ada diabetic and dikuatiri baby akan membesar dengan jayanya..so susah la nak teran kan?terpaksa la pasangan tersebut akur dengan keputusan doctor..doctor kata 'naik labour room kita jumpa kat atas'..nasib baik dalam kereta dah prepare bag baby siap2..

Sebelom masuk labour room pasangan itu diberi bilik sementara untuk si isteri tukar pakaian rasmi hospital..then seorang nurse bagi ubat poo poo..si isteri gelak beso sebab ubat tu untuk elak terpoo-poo time push..dah selesai terus gi labour room dan nurse bagi makan roti cicah milo panas..kasi tenaga oo sebab si isteri tak sempat breakfast pagi tu..sempat pulak si isteri bermonolog..'oo.. tadi dalam bilik aku gelak2 suka sebab macam tak percaya kena paksa deliver..hah sekarang rasakan..' si isteri kelu apabila melihat segala kelengkapan yang ada dalam labour room itu..yang paling si isteri gerun bila terlihat 1 stick untuk pecahkan air ketuban..miahahahah..si isteri gelak takut....

Si isteri disuruh baring atas katil...si suami pandang penuh perasaan bercmpur aduk..'don't worry bang..im okey' kata si isteri..nurse pon buat kerja penuh dedikasi..si isteri membiarkan nurse buat sesuka hati pada dirinya..cucuklah tangan..pasang la segala wayar..si isteri rela..datang seorang nurse masukkan ubat induce sebanyak 0.06 dalam botol air..si isteri tak rasa apa pon..nurse tambah lagi jadi 0.12..sama gak..then datang seorang nurse yang agak berpengalaman untuk pecahkan air ketuban..si isteri risau lalu bertanya sakit ke tak..nurse dengan confident kata tak sakit langsung..si isteri meminta kepastian sebab risau tertiba masa nak pecahkan air ketuban kakinya akan tertendang nurse..nurse dengan pantas bagitau 'kesakitan yang minor je'..oo ok si isteri agreedkan aja..hah hambek ko air ketuban memancut keluar..sakit sikit tapi perut still tak rasa apa.nurse masukkan lagi ubat induce jadi 0.24...si isteri tertido dengan lena..

Pukul 3pm si isteri terjaga sebab perut dah rasa something la..oooo...alas katil juga dah basah lencun la..doc siti datang check..ooooooo lagi (macam gagak asyik O..O..O)..dah bukak 4cm la..datang seorang nurse nak kosongkan pundi kencing..lagi skali si isteri bertanyakan soalan yang sama..'sakit tak?'..nurse kata 'sakit..so get prepare ye'..straight to the point je nurse ni..bagus!.perghh..memang sakit..dah selesai sempat pulak si isteri memotivasikan dirinya sendiri..'jangan risau kita enjoy!!!' pukul 7pm si isteri dah mula rasa contraction..si suami ada di samping isteri bagi semangat and sama2 beristigfar + membaca surah lazim.si isteri bule tahan lagi..bukaan dah 6cm..

Pukul 9pm..si isteri dah rasa contraction yang hebat...rupanya time tu ubat induce dah 0.48 nurse tu masukkan..bacaan monitor jadi 38 bila contraction paling kuat dirasai oleh isteri.si isteri segan nak jerit2 so gigit je kain..bukaan dah 9cm..doctor siti dah ready..nurse suruh si isteri sedut gas bila rasa contraction..bila bukaan dah 10cm doctor siti suruh push..si isteri pon push la sungguh2..ntah berapa kali push kepala baby asyik keluar masuk je..si isteri meminta kebenaran doctor untuk pelok si suami bila time push..doctor benarkan..so bila si isteri nak push je si suami kena bongkokkan badan sebab si isteri nak pelok..segala aksi gantung kaki, tolak kayu, tarik tali dan sebagainya si isteri buat..kepala baby tak keluar2..si isteri dah letih and dah tak rasa sakit contraction walaupon bacaan monitor 38..ni mesti sebab banyak sangat sedut gas...

Doctor siti sempat buat meeting tergampar dengan midwifenya..kata putus dicapai..kita vacuum!!!..doctor siti tanya pendapat suami isteri tersebut...si isteri ok aja..so bila bacaan monitor 38 si isteri push and doctor vacuum...tetiba..klentung...klantang...rupanya kepala vacuum tercabut..memercik darah ke tudung nurse.miahaha..cuak muka doctor siti..takpe kita try lagi...tapi kali ni seorang nurse muda panjat katil and tolak perut si isteri pakai siku dia..alhamdulillah berjaya juga kepala baby keluar..dengan sekali push body baby keluar sepenuhnya tepat pkl 11.11pm..kesian kepala baby benjol sebelah..tangisan baby sungguh nyaring..

Setelah tembuni ditarik keluar tibalah sesi jahit menjahit..doctor siti bius dulu..so si isteri tak rasa sakit tapi bule rasa benang tu ditarik keluar masuk..si isteri yang sangat mamai akibat tersedut gas berlebihan bertanya 'banyak ke epi doctor?' ..doctor balas 'banyak..tapi i suka kerja2 merepair ni'..si isteri terus tutup muka dengan tangan..doctor siti tanya 'sakit ke??'..si isteri balas 'tak..saya tengah feeling'..sah si isteri tengah stone..baby dibersihkan, ditimbang & diukur..brt bb hanya 3.29kg and panjang 49cm tapi kepalanya memang beso..syahdunya bila si abah mengazankan baby and bila si mama menyusukan bayinya buat kali pertama..pasangan ini sungguh bahagia...

ni la pelakon baby faris najmi..time ni dalam perut lagi..5 weeks and 16weeks..



yang ni pic baru lepas pop out..fresh from oven orang kata..tembam oi..


Komen mama:

1. scene ni mempunyai ending yang happy sebab lengkap sudah 1 family kecik..ada abah..mama and baby..mama ingat nak buat sequel drama sebabak lagi..tapi pelakon sebagai baby tukar lain sebab baby lama dah beso..pelakon lain kena kekal la kan..gandingan terhebat tu..hehe...

2. sehari selepas scene ni seman syam nor ngadu kat mama yang pinggang dia rasa macam nak patah je sebab pelakon dzarinah che wan pelok kuat sangat..takpe doctor bule bagi mc..

3. lakonan doctor siti pon berkesan and meninggalkan kesan pada mama..bagus doctor nih..tak tergopoh gapah nak operate orang..sempat pulak tu meeting dengan midwife mintak pendapat..

kalau jadi sequel tu mama nak buat scene kat tempat yang sama and of cos doctor yang sama..tapi masalahnye sekarang..pelakon baby baru tu belom ada lagi..mama selalu doa semoga baby tu cepat2 ada..meletup2 la sequel mama..kebaboommmm...

apa pulak ek komen faris??jalan cerita ni mantap ke tak? ke sama je macam cerita david teo..yang ala..ala..tu...tak kisah la..mama nak syok senderi..bule??baju lip lap mengerlip mama dah ready nak pakai jumaat malam nanti..wish mama luck ye faris..

No comments: