Friday, November 12, 2010

Pengalaman bayar ptptn melalui kwsp

macam yang mama bagitau dalam entry sebelum ni mama ada buat pengeluaran kwsp untuk bayar ptptn..hari ni mama nak kongsi pengalaman and info yang berkaitan..mula2 mama takde idea nak mula dari mama..so mama dapatkan info dari website ptptn, baca forum pasal bayaran balik ptptn, kaji prosedur berkaitan, cari info website kwsp and study apa syarat2 yang ada..

ok..ni senarai apa yang mama dah prepared sebelum ke kaunter kwsp shah alam

1. Lengkapkan borang KWSP 9H (AHL) - Pengeluaran Pendidikan..boleh download kat sini

2. Salinan IC - fotostat depan dan belakang IC pada 1muka surat A4..

3. Penyata KWSP yang terbaru - ni boleh dapat kat kiosk kat kwsp

4. Perjanjian Pinjaman Pendidikan atau Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan - WAJIB ada..

- mama punya perjanjian dah hilang ke mana ntah..so mama cari borang ini..mama lengkapkan dan buat kiriman wang pos RM90..then mama pos ke alamat yang tertera kat borang tu..dalam 1week mama dah dapat salinan perjanjian masa diploma and degree yang telah disahkan..senangkan??

5. Penyata Baki Pinjaman - WAJIB ada

- penyata dari internet atau e-fes tidak diterimapakai ye faris..kwsp nak yang ptptn sendiri keluarkan..so mama buat surat rasmi memohon penyata baki pinjaman diploma dan degree..jangan lupa tulis no IC dalam surat tu sebab ptptn akan membuat semakan melalui no IC..then mama fax ke no 03-2093 4623 and pos ke address bawah ni..

Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan, Damansara Height,
50490 Kuala Lumpur.
(u.p. Unit Lejar Pinjaman)

- in 1week mama dah dapat penyata baki pinjaman..amaun memang tak sama dengan yang dalam e-fes tu..chess..lebih sikit la..

6. Salinan certificate diploma and degree - WAJIB ada

bila dah lengkap baru mama jejak kaki ke kaunter kwsp cawangan shah alam..selalunya kwsp akan tengok mana yang terendah..maksudnya kalau ptptn RM 14k tapi akaun 2 kwsp ada RM10k..so kwsp akan keluarkan RM10k habis..tapi kalau ptptn RM10k and akaun 2 kwsp RM14k..ada la balance RM4k lagi dalam kwsp tu..faris faham tak??hurmm...faham la yer..

tapi kes mama ni special sikit sebab penyata baki pinjaman tu ptptn asingkan yang diploma and degree punya amaun..so mama telah berjaya bayar habis pinjaman masa diploma dulu..yang paling best akaun 2 kwsp mama still ada banyak baki..hehe..alhamdulillah..so baki pinjaman degree mama bayar tru e-fes..biar kwsp mama berehat dulu baru fikir apa nak buat..ahaks..

selepas selesai urusan di kaunter, staff kwsp bagi mama Notis Akuan Penerimaan Permohonan..staff tu akan kata dalam 21hari bayaran akan dibuat..tapi sebenarnya dalam 2 3 hari je kwsp dah bayar terus ke ptptn..cepatkan?? in 1 week mama akan dapat penyata pengeluaran dari kwsp..tanpa berlengah, mama buat surat rasmi..mama sertakan sekali salinan penyata dari kwsp and jangan lupa tulis no IC!!..fax ke 03-2096 1072 and pos ke:

Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan, Damansara Height,
50490 Kuala Lumpur.
(u.p. Unit Penguatkuasaan & Kutipan Balik PTPTN)

bagi kes nama dah yang disenarai hitam oleh ptptn..selain dari kena bayar lump sum boleh juga bayar sikit2..tapi amaun min yang perlu dibayar supaya nama clear adalah RM7300..kalau dapat potong kwsp RM8k atau lebih lagi selamat kan..so kalau nak clearkan nama kena buat surat rayuan memohon pembatalan senarai hitam sertakan sekali bukti penyata kwsp tu..fax dan pos ke Unit Penguatkuasaan & Kutipan Balik PTPTN..no IC jangan lupa!!..hehe..

kita sebagai peminjam kena selalu call ptptn untuk semak status..sepanjang mama call hotline ptptn sentiasa ada orang jawab..sekarang dah takde isu 'ptptn tak jawab call so camne nak bayar'..takde alasan dah..ptptn tak akan cari peminjam..so jangan terkejut tetiba datang surat saman..hutang tetap hutang..agreement pon dah sign kan..so kalau berani naik la court di dunia..tu belum court di akhirat..mama takut..

pembayaran pinjaman melalui kwsp bukan setakat peminjam ptptn je boleh buat..peminjam MARA, JPA etc pon boleh tapi kena betul2 confirm dengan kwsp sama ada prosedurnya sama macam bayaran ptptn atau tak..

alahmdulillah nama mama clear ptptn and imigresen..tapi duit je tak berapa nak clear selagi hutang tak habis..hehe..

14 comments:

atreyu strange said...

Hi, this is a good tip. Memang ada terfikir nak buat bayaran PTPTN melalui pengeluaran pendidikan dari KWSP.

Thanks utk semua info ni, mama!

Boutique Daisy said...

hi..bgus la kalau nk try byr..kalau byr thru kwsp xterasa sbb kita xnmpk duit tu..kalau byr cash mmg konon2 rasa sayang nk byr hutang..hehe..

Elazreen said...

tq mama.. heheh
info terbaik

Dhila tries to write again said...

mama... nk tny.. saya da hilang surat perjanjian..mcm mne nak dapat balik yer?

Link yg mama attached tu tak leh bukak..

As Ahmad said...

thanks so much for sharing the information.

may god bless you.

Asmanizan

KHAIRUL AMRAN said...

Wah.. Verry nice info mama.. Thanks ya.

Catherine Bugi said...

Mama, link untuk borang perjanjian tu tak dapat buka, boleh bagi link lain. Saya punya pun dah tak tau mana pergi.. Boleh ya mama?

Many thanks mama..

QA's ~ mamapapa said...

terima kasih banyak2..sgt berguna info ni...action will be taken,soon :))..dh xsabar nk betas drpd hutang ni :)

QA's ~ mamapapa said...

jemput follow saya kmbali ye,mama :))

mizzura said...

Baru je dpt penyata baki harini setelah mintak dr bulan 2....esok kalo free nk g kwsp lah...

Anonymous said...

Info yang baik.. Pernah terfikir nak bayar hutang ptptn ni.. ingatkan tak boleh guna kwsp..

Terima kasih atas perkongsian.

Fadz Rahman said...

Kalo majikan tak carum KWSP kita setiap bulan secara konsisten, lulus tak permohonan kita tu?

Fadz Rahman said...

Kalo majikan tak carum KWSP kita setiap bulan secara konsisten, lulus tak permohonan kita tu?

myptptn said...

nak buat potongan gaji pun fikir dua tiga kali hehe. takpelah asalkan bayar balik slow2