Thursday, November 11, 2010

H.U.T.A.N.G

H.U.T.A.N.G.....
berat mulut, berat hati, berat tangan jadinya kalau sebut pasal bayar hutang nih faris..mama pon berhutang jugak..tapi rasanya takde la sampai boleh dikategorikan hutang keliling pinggang..setakat sekerat pinggang je kot..hohoho..bawah ni info yg mama dapat dari internet..faris baca ye, renung2kan dan sambil beramal..

APAKAH HUKUMNYA ORANG YANG TIDAK MAHU MEMBAYAR HUTANG DAN APAKAH HUKUMNYA ORANG YANG MEMBERI HUTANG?

Dalam Islam berhutang memang di haruskan. Islam memberi galakkan kepada umatnya, agar memberi bantuan kepada saudara-saudaranya, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi. Umpamanya perkara-perkara yang berkaitan dengan makan dan minum, tempat tinggal, pelajaran dan sebagainya. Sebagaimana dalam sebuah hadis :-

Maksudnya : [Daripada Abu Hurairah ( r.a ) berkata seseorang , Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? beliau bersabda : "memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya].

Hadis ini menerangkan antara pekerjaan yang paling baik ialah menolong menjelaskan hutang seseorang. Persoalan sekarang ialah sebahagian orang Islam sengaja melambat-lambatkan membayar hutang apabila tiba waktu hendak membayarnya. Berbagai-bagai alasan akan di berikan untuk mengelak atau menangguhkan pembayaran hutang tersebut. Sesungguhnya melambat-lambatkan bayaran hutang, amatlah besar sekali akibatnya dalam kehidupan manusia, bukan sahaja di dunia, bahkan juga di akhirat. Antaranya:

1. Mereka akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.

2. Hidup mereka tidak mendapat keredhaan Allah.

3. Mereka di golongkan dalam perbuatan zalim.

4. Amalan kebajikan mereka tidak diberkati.

Apabila seseorang itu berhutang, bermakna dia mula meletakkan belenggu di batang lehernya, dan belenggu itu tidak dapat dilaksanakan, kecuali hutang tersebut dijelaskan. Kalau tidak sempat dijelaskan, hutang itu akan terus di bawa sampai ke hari pengadilan di akhirat. Yang mana ketika itu tiada lagi pembayaran dengan ringgit atau dolar, tetapi pembayaran dengan amalan-amalan kebajikannya.

Bagaimana kalau tidak ada amalan kebajikan?, kita akan dihumban ke dalam api neraka. Demikianlah akibat tidak menjelaskan hutang. Oleh yang demikian, Islam menganjurkan antara perkara yang wajib di segerakan di atas dunia ini, selain dari jenazah hendaklah segera dikebumikan, dan anak perempuan yang dipinang orang hendaklah segera dikahwinkan, maka hutang-piutang hendaklah segera dibayar atau dilangsaikan, untuk mengelakkan terabai membayarnya.

Islam sangat mengambil berat dalam soal pembayaran hutang, dalam ertikata lain , hutang adalah merupakan satu syarat untuk mendapat keredhaan Allah. Seseorang yang berhutang, hendaklah berniat dalam hatinya untuk menunaikan hutang tersebut, kerana Allah akan memudahkan baginya bila dia hendak menunaikannya.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : [Semua dosa-dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya]. Sabdanya lagi : [Dan barangsiapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati, maka Allah akan bertanya di hari kiamat: " Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak hambaku?, maka di ambillah amal kebaikan orang itu, dan di berikan pada orang yang memberi hutang, dan jika tidak mempunyai amal kebaikan, maka dosa-dosa orang yang memberi hutang itu, di berikan pada orang-orang yang berhutang].

Rasulullah S.A.W. mengingatkan kita bahawa orang yang berhutang terikat dengan pembayaran. Dia mesti menjelaskan hutangnya semasa di dunia, kerana apabila dia dah mati dan dia masih lagi menanggung hutang, maka rohnya akan tergantung sehinggalah dijelaskan hutang tersebut.

Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W : [Jiwa orang-orang mukmin tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak di hukum kepadanya selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya].

Abu Said R.a berkata : "Telah di bawa kepada Rasulullah S.A.W jenazah untuk disembahyangkan, lalu Nabi bertanya: Apakah mayat ini masih menanggung hutang?, Sahabat menjawab: Ya, Nabi bertanya: "Apakah ia ada meninggalkan harta untuk membayarnya?, jawab Sahabat: Tidak. Nabi bersabda : "Sembahyanglah kamu kepada kawanmu itu, Nabi sendiri tidak ikut menyembahyangkannya. Kemudian Ali Bin Talib berkata: "Biarlah saya yang membayar hutangnya". Sesudah itu, Nabi segera maju menyembahyangkannya, lalu ia berkata kepada Ali, Semoga Allah membebaskan tanggunganmu (dirimu) dari api neraka, sebagaimana kamu membebaskan tanggungan saudara yang muslim itu.

Tidaklah seorang Muslim yang membayar hutang saudaranya, melainkan Allah akan membebaskan tanggungannya (dirinya) dari api neraka pada hari kiamat kelak. Oleh itu seseorang yang berhutang janganlah menangguhkan bayaran, apabila mempunyai peluang untuk membayarnya. Perbuatan tersebut, adalah tergolong dalam perbuatan orang yang zalim dan dia berhak mendapat hukuman Allah di atas perbuatannya.

Sabda Rasulullah S.A.W. : Maksudnya : [Penangguhan (hutang) oleh orang yang berkuasa membayar, adalah satu kezaliman, halallah maruahnya dan jika hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang) boleh mengambil tindakan ke atasnya dan maruahnya]. wallahu a'lam bissowab

terus terang mama bagitau faris..mama ada lagi dalam RM18k loan PTPTN nak kena bayar and ada lagi 3tahun nak settlekan kereta kancil tu..hutang2 lain.??..mungkin mama ada hutang kecik2 macam duit dengan kawan2, adik beradik, nenek keramat, abah faris or sesiapa..yang ini insyaAllah mama akan bertanya dan selesaikan..owh ya..mama juga ada hutang dengan Allah..yang ini mama perlu segerakan bayar..mama wajib berpuasa 1hari untuk membayar nazar yang telah mama lafazkan masa meminta sesuatu pada Allah dan Allah dah makbulkan..
mengenai loan ptptn..sungguh mama rasa tertipu!!..mama tak berani berhutang 1 amaun yang besar..kalau ada berhutang dengan kawan2 pon paling banyak RM10 sementara tunggu nenek keramat bank in duit..tapi bila bergelar student, borang loan semacam satu perkara yang perlu di-apply..time tu mama zero knowledge pasal interest or bunga2 cinta loan ptptn..tengok kawan2 isi form..mama pon follow..nak dapat duit ribu2 la katakan..banyak benda boleh beli selain untuk bayar keperluan study..syaiton dah terjah minda mama dengan note RM...chess!!..tak terfikir pulak nak apply dari badan2 lain yang memberi pinjaman pendidikan macam MARA, JPA, yayasan pendidikan negeri etc yang sah2 memang takde interest..cuma mungkin kerana ptptn ni sangat proaktif dalam kerja2 mengedarkan borang dan meluluskan pinjaman dengan pantas..tu yang menjadi pilihan..tok sah pikir interest dulu janji dapat duit..nasib la kan..kalau tau azab akibat interest, mama tak nak buat loan ptptn nih..serius!!..
mula2 dulu bila surat arahan bayar balik pinjaman sampai, mama konon2 merajuk tak nak bayar sebab interest tinggi..konon2 lagi 'kau tipu aku ptptn!!..aku benci kau..i'll kill u'..hehe drama sebabak mama yang takde kesan sikit pon pada ptptn..ok la..mama akur bayar secara on - off - on - off..sampai la satu hari bila mama dapat 1email..dalam email tu ada 1 pic kawasan perkuburan..pic tu fokus pada 1batu nisan yang di-cover dengan plastik beras..pada batu nisan tu ada note yang berbunyi 'kepada waris simati, sila langsaikan hutang simati'..hutang dituntut sehingga ke liang lahat!!..tu belum lagi balasan lain kalau saja2 tak nak bayar..
'oo..bayar bil maxis boleh, shopping tiap2 bulan lepas..berpoya2 pon hebat..tapi bayar hutang sangat la liat ye mama??'..mama jadi sangat takut..mama takde plan nak beli rumah or renovate rumah guna kwsp..so mama keluarkan sikit untuk bayar ptptn..tak terasa pon sebab duit tu tak nampak..every month bayar RM200 atau lebih guna e-fes..nak kasi cepat abis..betul la..orang yang berhutang tu sebenarnya miskin dan jiwanya tak kan tenang..terima la hakikat ye..
perbelanjaan faris di universiti kelak, faris jangan risau ye..insyaAllah..abah and mama dah menabung dari sekarang..takde nak apply loan sana..loan sini..kiranya ini hadiah untuk faris..so belajar hingga berjaya ye sayang..
pasal kereta kancil tu pulak..ada lagi 3tahun nak settle..buat masa sekarang acik ita yang guna untuk ke tempat kerja..dia nak pinjam sementara duit down payment dia cukup untuk beli kereta idaman..abah pakai kereta iswara ngv kesayangan dan mama+faris pakai kereta vios kepunyaan abah..kadang2 mama drive jugak kereta iswara tu bila abah drive vios gi out station..kereta tu dah lebih 10tahun..condition pon dah tak tip top..tapi abah sayang sebab guna ngv..save sangat katanya..tapi mama yang tak sampai hati tengok abah drive iswara pagi2 kat lane kiri..kita boleh potong abah walaupon abah yang keluar rumah dulu..isk..isk..(mama seronok ke sedih nih)..hehehe..
mama tengah berkira2 nak buat hutang baru..mama nak jual kancil and beli kereta lain..abah ambil balik vios..iswara kalau abah nak jual, suka hati abah la..tapi abah kata jangan dulu..kereta banyak2 nak buat apa??terus angan2 mama tinggal awan kosong..persoalannya..betul2 bersediakah mama menambah hutang??

No comments: