Monday, October 11, 2010

Makan-makan Aidilfitri 2010

ha...dulu masa mama tengah pregnant kan faris, mama suka sangat makan soto ayam..sekarang faris pun suka jugak..sebelum puasa lagi mama dah beli 10 paket perencah soto dari muar..brand Mak Pon (paket hijau)..hajat di hati mama nak buat open house la masa raya nanti..tapi apa kan daya mama..kerja-kerja renovation belum siap sepenuhnya..tiles dah siap tapi dinding belum cat..roof plak lagi menyakitkan hati..kontraktor tu buat tak kemas..bila hujan bocor sana sini..

jadi...mama just buat majlis makan kecik-kecik je..minggu ke-2 raya mama jemput kawan-kawan abah & mama dan jiran-jiran je..mama masak soto + mee goreng..minggu ke-3 raya mama jemput family kita dan sapa-sapa yang tak sempat datang masa minggu ke-2 tu..mama masak soto lagi + spegeti ayam..selalunya kalau buat makan-makan ni mama mesti import nenek keramat..tapi kali ni mama masak sendiri..best jugak ek..penat tapi berbaloi-baloi..hehe..

ni mama nak turunkan resepi kepada faris..

Soto Ayam
1. Sup Soto
Bahan-bahan:
bawang besar (dikisar)
bawang putih (dikisar)
kayu manis
bunga lawang
pelaga
ayam (potong kecil-kecil)
perencah soto
air rebusan ayam
garam
Cara-caranya:
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam ke dalam periuk yang berisi air.
2. Masak hingga mendidih. Perasakan dengan garam.
Note: Mama tak gemar sup yang minyak bergenang-genang..sebab tu mama tak tumis dulu. campak je semua dalam periuk..senang kan??
2. Bahan sampingan
- Kacang tanah goreng
- Suun goreng
- Nasi impit segera (faris kena rebus dulu tau sampai masak)
- Bawang goreng
- Daun sup (diracik)
3. Ayam (dicarik-carik)
- ayam direbus sampai masak (air rebusan digunakan untuk buat sup soto)
- toskan ayam kemudian goreng sebentar.
- ayam dah sejuk boleh la dicarik-carik
4. Kicap cili
Bahan-bahan:
bawang putih
cili padi
air perahan limau nipis
kicap (kipas udang)
Cara-caranya:
1. Satukan semua bahan ke dalam blender. Blend sampai halus.
Note: Faris agak-agak tau cili banyak mana..kang ada yang meleleh air hingus..hehe

5. Bergedil

Bahan-bahan:
kentang
daging cincang
bawang goreng
daun sup (diracik)
serbuk lada hitam
telur
minyak masak
Cara-caranya:
1. Kentang dipotong dadu besar dan goreng hingga kekuningan. Kemudian dilenyek.
2. Daging cincang direbus sampai masak dan ditoskan.
3. Satukan semua bahan dalam mangkuk. Gaul rata dan bentuk bulat leper. Simpan dalam fridge sekejap.
4. Bila nak goreng celup dulu bergedil dalam telur kemudian masuk dalam minyak panas. Masak sampai kuning/coklat tau.
Note: Mama lenyek kentang dalam lesung batu je senang. sambil mama lenyek faris duduk sebelah curik kentang mama..hehe
Spegeti Ayam/Daging Melayu
Bahan-bahan:
Spegeti
bawang besar (potong dadu)
bawang putih (ditumbuk)
tomato (potong dadu)
cendawan butang (hiris nipis)
cili boh (agak-agak nak banyak mana)
sos spegeti (kimball - cendawan)
ayam/daging cincang (ramly)
air
garam
Cara-caranya:
1. Rebus spegeti sampai masak dan toskan airnya.
2. Tumis bawang dan cili boh sampai naik bau. Masukkan ayam/daging cincang, tomato, cendawan, sos spegeti dan air sedikit. Gaul rata dan biarkan mendidih.
3. Perasakan dengan garam. Masak hingga airnya hampir kering.
Note: Ni la spegeti yang faris sangat suka makan..bertambah-tambah..

Ada mamu, acik ajak, abang aiman dan kawan abah

Abang Emir yang comel dengan cat sapa ntah

Ain tengah test kerusi faris

Sweet je danial ni posing kan faris kan??

Sorry la danish..abang emir pegang dulu doggy tu

Kenangan faris dengan aunty donlop dan aunty anum..empukkan faris..lebar faris senyum..

1 comment:

Cik Andam Hazlina said...

ishk jeles.. takde gambo ku dan HK...