Thursday, June 2, 2011

Rela ke faris?? - yang penting rela ke mama??

kalau sebut pasal rela tak rela ni mesti ada sangkut paut dengan perasaan..memang tak best tau faris..kalau bukan kerana terpaksa mama tak kisah..mama kena rela jugak..faris pulak mama kena pelan2 ajar terima dengan penuh ke-rela-an..


ermm..apa yang rela-rela ni mama???

ok la faris..mama rasa dah sampai masanya to wean off faris from breastfeed (bf)..see faris..badan mama dah tak boleh nak hold berat faris anymore..posisi bf yang paling faris suka adalah tindih mama (cross body)..sometime baring kat tepi so mama kena ngiring..faris bf sampai tertido..selama tu jugak mama kena bertahan..

no faris!!mama not complaining sayang..bf faris is one of the best therapy..syukur sangat..mama ingat kalau tak pumping, susu mama cepat kering..kuasa Allah susu still memancut bila mama picit..cuma sekarang faris dah 2 1/2 year..lebih2 lagi sekarang badan mama asyik sakit2..tulang belakang mama and area tulang rusuk rasa sakit..

mama risau sebenarnya..faris dah kurang nak minum susu formula (fm)..isi air lain dalam botol pon faris tak nak..ok guna cawan..faris suka milo..air teh..senang cerita air manis la..air masak pon faris belasah (err..yang ni ok sangat kot)..tapi cukup ker nutrient yang faris dapat??mama fikir takpe lah kalau tak nak fm sebab yakin breast milk yang sikit ni lagi cukup nutrient..

but mama impressed..faris kurang fm tapi jadi kuat makan..makan sampai habis then mintak tambah..WOW..seronok plak mama bila faris mintak lauk..mintak sayur..air..faris sekarang kurus tapi tinggi..memang toddler macam tu kot..lasak nak membesar..hehe..abah kata mama kena rajin masak lepas office hour..yang simple2 pon takpe..just untuk faris..no problem at all..anak ada selera mama pon seronok masak..

malam tadi mama try sapu serbuk kopi kat breast..kasi ada bau and rasa tak best..mula2 faris bau2 then tengok muka mama..agaknya fikir nak isap ke tak ni..bila isap rasa pahit..pandang lagi muka mama..faris layan diri main toys..dalam 15 minit faris datang lagi..mintak permission nak TETEK..siap nangis2 melolong..samada mama tak rela or ngantuk sangat so end up faris dapat jugak isap..dah tak kisah bau apa pon janji dapat TETEK..mama kena try cara lain pulak nih sampai berjaya..

mama harap kita sama2 rela ye faris..mama try search menu yang bagus untuk faris..supaya faris dapat khasiat sepatutnya..kalau dah tak bf pon faris tetap anak kesayangan mama abah dunia akhirat..mama harap setiap titis susu mama dapat beri faris segala kebaikan..mama rasa trick2 nih tak jalan la..apa faris kisah..mama kena guna psychology

semoga Allah permudahkan untuk kita..cinta hati mama abah = faris najmi..

muah..muah..obit(cubit) dia..







nota kaki mama: seronoknya bila mama jadi queen control..faris amekkan tissue..faris amekkan remote..faris amekkan bantal..faris suapkan mama..faris itu..faris ini..owh..sungguh faris makin faham sebab anak mama ni sedang membesar..

No comments: