Tuesday, May 31, 2011

Nasi Jagung untuk Penyokong Barcelona...yeah..

hari sabtu lepas ada lawan bola sepak Barcelona vs MU..abah siap call acik usin and abang aiman ajak datang rumah..nak tengok tv sama2..semangat tahap cipan..nasib baik Barcelona menang ek..bising gila pagi2 buta bersorak menjerit bagai..kita tidor dalam bilik atas and tutup pintu pon leh dengar..kot jiran sebelah dengar jugak tak??

hehe..mama masakkan nasi jagung untuk dorang ni celebrate..wahaha..tetiba mama masak special..hari jumaat tu mama dah sibuk2 cari recipe nasi jagung, kuah dalca and acar rampai..lunch hour terus gi shopping barang..mama dah durhaka dengan recipe asal..suka suki je kan..

Nasi Jagung

Bahan A:
5 cawan beras basmathi - cuci dan toskan
1 tin jagung (frozen pon boleh)
1/2 cawan susu cair
7 cawan air (cawan yang sama sukat beras)
garam secukup rasa
sedikit gula 
bawang goreng

Bahan B (untuk menumis):
1 labu bawang besar (diblend)
4 ulas bawang putih (diblend)
3 cm halia (diblend)
3 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan marjerin planta
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
6 biji bunga cengkih
6 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
1 helai daun pandan (disimpul)
2 sudu besar rempah briani (bancuh dengan air)

Cara-cara:
1. letak periuk rice cooker atas dapur. panaskan minyak sapi dan marjerin kemudian masukkan semua bahan2 untuk menumis. tumis sampai naik bau.
2. masukkan air dan tunggu sampai mendidih. tuang beras dan susu cair, garam serta gula. tutup api.
3. alihkan periuk rice cooker tadi ke dalam rice cooker. biar nasi masak seperti biasa.
4. bila keluar wap masukkan jagung. gemburkan nasi perlahan2 supaya nasi tidak patah.
5. dah masak tabur bawang goreng.


Note: 
* kalau tengok kat packaging beras basmathi tu tulis 1 cawan beras: 1 cawan air..tapi mama lebihkan 2 cawan sebab kalau tak takut nasi mentah..nasi yang mama masak ni alhamdulillah sedang elok..

* punyalah poyo nak pakai beras basmathi..tp tak jumpa yang brand faiza tu..mama rembat yang 2kg RM24..brand apa ntah..tu yang masa masak nasi tu doa panjang biarla nasi menjadi..nasi dia memang panjangggggggggg..hehe..

Kuah Dalca

Bahan2:
1 kg daging lembu (potong  kecik2 dan rebus sampai empuk dalam rice cooker)
200gm kacang dal (rebus sampai hancur)
1 labu bawang besar (diblend)
4 biji bawang putih (diblend)
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
6 biji bunga cengkih
6 biji buah pelaga
sepeket rempah kari daging (paket kecik dibancuh dengan air)
1 batang lobak merah (dipotong panjang)
sedikit kacang panjang (dipotong panjang)
5biji terung bulat (belah 4)
3biji ubi kentang (potong dadu besar)
2 biji tomato (belah 4)
2 biji cili besar hijau (belah 4 memanjang)
2 tangkai daun kari
1 bungkus pati santan
garam

Cara2:
1. tumis bawang yang diblend hingga agak layu. masukkan segala rempah ratus dan rempah kari hingga naik bau. kacau.
2. masukkan ubi kentang dan sedikit air rebusan daging hingga separuh masak. masukkan kacang dal dan daging. tambah air rebusan dan biar mendidih.
3. masukkan semua sayur. tuang santan dan tambah garam secukup rasa. terus kacau.
4.dah masak baru masuk tomato.



Acar Rampai

Bahan2:
1 batang lobak merah (potong batang mancis)
1 batang timun (buang biji dan potong batang mancis)
1 tangkai cili merah (mayang halus)
1 labu bawang besar (mayang halus)
2 sudu cuka makan
garam
gula
sedikit kapur makan + 1 liter air

Cara: 
1. rendam lobak merah dan timun dalam air kapur (supaya rangup) selama 15 minit kemudian cuci bersih dan toskan.
2. dalam mangkuk satukan lobak merah, timun, cili, bawang, cuka, garam dan gula secukup rasa. simpan dalam fridge.



Ayam Goreng Rempah

1/2 ekor ayam (potong kecik2)
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
3cm halia
2 batang serai
jintan putih
jintan manis
ketumbar
sebuk kunyit
garam

Cara:
1. blend semua kecuali ayam.
2. dalam mangkuk perapkan ayam dengan bahan blend dan garam secukup rasa dalam 1 jam.
3. goreng garing.




ok..jemput makan semua..abah suka kuah dalca tu..kembang mama dengar abah puji..nasib baik puji ek..ni semua mama 1st try..konon terasa paling hebat la bila mama boleh masak nasi ayam dulu tu..tapi so-so je rasa..tapi kali ni lidah and tekak mama pon agreed..memang sedap..acik usin kata dah bole bukak kedai..haah ye la..ko la regular kastemer aku..takpe..korang makan and tambah la banyak kali..kat kedai mau seploh hengget sepinggan..ni korang makan sampai muntah ek..

siap ada agar2 santan and buah oren..air???air masak sudahh..ntah berapa kali dorang repeat makan..mama makan lepas dorang stop..


mama bukan la pandai masak tapi takde la apa yang mama masak tu sampai takleh makan..mama bosan sebab menu asyik2 ikan goreng + sambal kicap + sayur..nak jugak kelainan..lagi pon mama ada skill terRENDAM tau faris..nak sangat masuk rancangan masterchef tu..

nota kaki: pic pakai henpon cap hayam..blur tapi menyentap tekak..

No comments: