Friday, February 8, 2013

KOREA PART 1 - Odusan Observatory, Skin Anniversary Beauty Town, Digital Pavilion and Kimchi School



Assalamualaikum faris and husna..

mood holiday dah berlalu..sekarang mood kembali ke routine asal.. alhamdulillah kita selamat pergi dan kembali membawa memori yang sangat best..masa kat sana semangat nih ibu nak buat entry aktiviti sepanjang di korea..kita dah banyak kali gi holiday tapi ibu jarang buat entry..rugi..rugi..at least kalau ada entry boleh kita flashback memories tu..

sebelom ni ibu beria pasang angan2 nak bawak family kita gi beijing time spring..itu semua poyo!!!tak pernah terfikir pasal holiday ke korea..sebab company trip dapat la kita merasa winter sonata..thank you gas malaysia..thank you abah..

aihhhh...intro je dah 2 perenggan..ok..ok..holiday ni start 31jan - 4feb 2013..ibu cerita ikut suka hati ibu ye..yang pasti entry adalah ber-part2..berjela2 and banyak pictures gitew..

31 JAN 2013

flight: KOREAN AIRLINE time: 2320pm..from KLIA to INCHEON Int. Airport..faris dah banyak kali naik aeroplane so senang abah nak handle..tapi husna ini 1st time..makanya ibu jadi kalut..husna tak selesa agaknya tido kat riba ibu..banyak kali terjaga nangis..lagipon sepanjang flight hujan lebat and bergegar2 ..yang best nanti datang la stewardess yang gojes pujuk husna..memang cantik mulus je..

1 FEB 2013

after 6jam dalam flight, landing 6.30am (waktu korea)..waktu korea awal 1jam..ibu malas nak adjust jam..
view kat Incheon Int. Airport..pagi tu memang kalut cari surau nak solat subuh..tak jumpa..so kitorg solat kat tepi corridor..rupanya surau kat level 4 under renovation..temporary surau kat column 29..nuuuuuunnn jauh kat hujung sana.. 

sebahagian gang yang join trip..ini adalah trip terakhir untuk winter..trip untuk spring start end feb until april..masing2 dah pakai baju sejuk sebab kat luar airport tengah hujan and suhu dalam 1 deg celsius..

pengembaraan di korea bermula dari sini..

kita ke ODUSAN OBSERVATORY...

sepanjang perjalanan dengan menaiki bas cuaca kurang baik..hujan lebat..cermin bas berkabus so tak nampak pemandangan luar..perasaan sangat frust..snow melting lor!!kat odusan observatory ni kita leh tengok sempadan korea utara and korea selatan (yang kita gi holiday ni kat korea selatan ye anak2)..


masih hujan berkabus..mencecet ibu lari masuk bangunan tu sambil dukung husna tengah tido..kalau cuaca cantik memang boleh nampak sempadan korea utara..
patung pejuang kemerdekaan korea : Cho Man-Sik..more info click sini

sebahagian sempadan yang hanya dipisahkan oleh sebatang sungai..yang tag merah korea utara..tag biru korea selatan..jarak sungai paling jauh 2.1km and paling dekat 460m saja..sempadan dikawal ketat..
 teropong ajaib..tapi apakan daya..ajaib2 pon..bila hujan berkabus tak nampak apa gak..

dalam bangunan tu banyak info bersejarah..documentary..video..kisah2 perperangan sehingga terjadinya perpecahan korea kepada 2 bahagian..korea utara kerajaan berfahaman komunis dan korea selatan kerajaan pro-Amerika Syarikat..
faris dengan train mana boleh dipisahkan..hehe 
keadaan kelas zaman dulu2 agaknya nih..ibu masuk kelas bawak anak tu..gud boy faris semangat dok depan..cikgu seman suka masuk kelas lambat...itu semua poyo!!(lakonan semata)

next...kita ke SKIN ANNIVERSARY BEAUTY TOWN

dari pemerhatian ibu, kat sini macam 1 stop beauty centre..ada facial massage, latest cosmetics, nails treatment ect..kebetulan gas malaysia dah bayar untuk facial treatment so ibu try je la..sambil baring tu ibu sempat lelapkan mata..ngantuk ooo..abah snap muka sebelum buat facial..
ngengada tau..time ni la pon jerawat nak tumbuhkan diri kat dagu..dah tak nampak kulit macam pempuan korea dah..huh!!..hasilnya nanti ibu upload pic ye..malu ai..

kat sini ada beberapa 3d trick art kat dinding..berebut2 gang lain nak snap pic..menarik kan..



kalau tengok wall of fames ni memang ramai artis korea yang datang untuk meng-gojes dan meng-hensem diri masing2..yang ibu tunjuk tu Lee Min Ho kalau tak silap la..

kita lunch kat TAJ PALACE indian cuisine
 pokcik yang pandang depan tu la owner dia..kedai kat area Iteawon..
alololo..manje ibu dah lapar..sib baik husna kalau part makan tak banyak karenah..sumbat je naan ke nasi ke sup ke..semua dia sapu..
atmosphere kedai..penuh dengan gang trip..mau tak penuh kalau dah 40org (2buses)..sejuk2 ni memang lapar sangat..so sebelum makan baca doa makan ye anak2..

dah kenyang..ok next to DIGITAL PAVILION

digital pavilion adalah kompleks IT terbesar di korea..apa yang ibu boleh concluded, kat sini kita boleh tengok teknologi korea yang sangat innovative..kita boleh bayangkan macam mana life akan datang dengan bantuan IT..ada cermin besar yang boleh jadi screen tv..meja mimun pon boleh jadi screen..kat sini ibu tak fokus sangat..dasar buta IT ibu korang ni tau..bahaha..
faris pilih animal yang faris suka then colour..dah siap tekan save terus tolak binatang tu ke depan dengan jari (ala macam kuis2 screen hp ibu tu)..
 tadaaaa..animal yang faris colour tu appear kat screen besar ni..faris kusyuk layan benda ni..
 digital pond..ikan dia pon macam robot..ohsem..

tak lama pon kat sini..terus ke KIMCHI SCHOOL

tersorok sket school ni..kat sini kita belajar buat kimchi..makanan wajib orang korea kena pandai buat..ada kimchi dari kobis cina, octopus, radish racik panjang and radish potong kiub..rasa dia pedas sebab pakai serbuk cili..tapi yang paling sedap kimchi octopus dengan radish racik panjang sebab rangup..tapi ibu tak beli pon sebab mahal benor..
sesi kelas tenyeh paste cili ke setiap helai kobis then ikat kobis betul2..ikat pon ada caranya ye anak2..kalau tak, boleh terburai daun kimchi tu nanti..
hasil kimchi kobis abah..well done abah..
dalam bangunan yang sama, sebelah kelas buat kimchi terletaknya korea traditional culture centre..kat sini kita boleh try pakaian traditional korea iaitu Hanbok..terus sarung je..time ni muka husna macam baby korea je ibu tengok..princes husna at korea..comelnya...

ish..buat rosak gambar je tau faris nih..semua dah pakai tetiba faris tak nak..menggelupur tak nak pakai..grrrr..tinggi betul kesabaran abah handle faris kat sana..

dinner malam tu kat EVER GREEN..kedai ni pon kat area Iteawon..


ni bulgogi namanya..ada inoki mushroom, daging cincang, suun..ibu rasa macam sup daging je..tapi faris and husna suka..haha..

abis dinner terus check in hotel..kita stay kat Crown Hotel, Iteawon..tapi lepas letak barang kita keluar sightseeing sekitar Iteawon ramai2 dengan kawan abah..jalan kaki jer..tunggu Part 2 la ye ibu story..bye..

No comments: