Saturday, March 24, 2012

welcome to the family..Aisyah Husna

 Name: Aisyah Husna Binti Othman
Weight: 2.80kg
Length: 48cm
DOB: 9 March 2012
TOB: 9.03pm

Assalamualaikum abg faris....

ibu dah pun lahirkan adik faris..usia adik aisyah dah 2weeks..alhamdulillah semuanya selamat..pengalaman lahirkan adik aisyah sangat berbeza berbanding sewaktu lahirkan abg faris dulu walaupun dua2 anak ibu lahir secara normal..cuma ada beberapa perkara yang kebetulan sama macam..

- lahir sewaktu 39wks of pregnancy
- kes datang check up biasa tapi rupanya jalan dah buka..abg faris dulu dah buka 2cm..adik aisyah plak dah 4cm bukaanya..wow!!
- induce guna ubat drip
- sedut gas antanoks  untuk kurangkan sakit contraction
- of course la dengan doc and hospital yang sama: Dr Siti Mariam @ Shah Alam Specialist Hosp

ok, lets ibu story pasal kelahiran adik aisyah ni ye..

8 mac 2012 Thursday

abg faris kena ingat tau date keramat ni...ini date 4th anniversary ibu and abah..malam tu abah belanja kita makan besar kat restoran area pandamaran..abah order ikan siakap stim limau..plus side dishes..wah..makan la kita tiga beranak sampai licin..

that time perut ibu rasa lain dari selalu..maksud ibu..sebelum ni dah biasa kena contraction tapi still ibu boleh tahan sakitnya..tapi malam tu ibu rasa lebih sakit dari kebiasaan and contrction jadi sangat kerap cuma irregular..ibu cuba bawa tido walaupon dari malam sampai pagi ibu tak lena tido..

9 mac 2012 Friday

bangun pagi tu ibu bagitau abah nak ambil EL lagipon check up dengan doc pukul 2.30pm..lepas mandi, breakfast bagai ibu terus baring kat sofa..ouh perut still rasa tak best..contraction still kerap tapi irregular..errmm ni ke tanda2 nak beranak??faris dulu takde rasa camni..takpe la tunggu je abah balik tengah hari nanti..

appointment 2.30pm tapi kita sampai 3.00 lebih..so lama la kena tunggu turn..sepanjang masa menunggu turn tu contraction makin kuat plak..ibu asyik la tengok jam..adoi la...cepat la dapat jumpa doc..ermm..asal dengar nama ibu kena panggil cepat2 ibu jalan masuk bilik doc..terus doc scan tengok kedudukan kepala adik and buat Vaginal Examination (VE) nak tengok bukaan..oooo..dah 4cm ye..doc bagi choice..nak balik tunggu betul2 nak beranak or terus naik labor room??kalau ibu balik kang tetiba nak terberanak kat tengah2 jalan plak camne??..tak nak lah...ok la naik labor room la..

dalam bilik ibu dah siap2 tukar baju PINK..dah selamat pun kosongkan usus besar..kebetulan dah masuk waktu asar..biar pon sakit sempat lagi ibu tunaikan solat asar + doa panjang mintak dipermudahkan dan bertawakal..ibu tengok abah solat asar + berdoa untuk ibu and adik..ouh sebak..sebak..ok sharp 6pm ibu masuk labor room..so prosesnya pon bermula...

macam biasa ada machine yang pantau heart beat adik and contraction ibu..ubat drip dah selamat nurse tu cucuk kat tangan ibu..start dengan 6mg ubat induce..contraction boleh tahan lagi..dalam 1jam bukaan baru 5cm so up jadi 12mg ubat induce...hohohoh..dah start rasa contraction yang kuat..dari 4cm dah jadi 6cm..that time ibu dapat rasa tulang pelvik ibu macam meregang..ibu inform midwife tu..tapi dia suruh ibu beristigfar banyak..dia plak sibuk borak dengan abah..ibu sedut antanoks bila betul2 contraction paling kuat..ibu takut jadi stone then bila nak push ibu boleh tertido..BAHAYA!!!

midwife up lagi ubat induce jadi 24mg...contraction jadi sangat kerap..selang masa jadi pendek..oooo bukaan dah 8cm la..kelam kabut midwife call doc..dorg tak sangka cepat betul dah 8cm..terus midwife tu turunkan dose ubat induce jadi 6mg balik...hahaha..ibu betul2 penat sebab takde chance nak rehat kejap selang contraction tu..lepas abis je 1 contraction baru nak tarik nafas lega datang lagi 1 contraction..abah tak kasi ibu sedut gas tu lagi sebab mata ibu dah merah..apa celop???ibu rampas balik mask gas tu dari abah..'sakit sangat la abg oit'..

alahai.....ibu rasa macam lambat sangat sampainya doc ni...ibu dok panggil 'doc siti cepat la'..berlagu2 ibu panggil doc siti..ibu dapat rasa ada benda tengah lalu..ibu bagitau midwife..terus dia tahan kat bawah dengan tangan dia..asal contraction je midwife tak kasi ibu push..banyak kali ibu kata yang ibu tak push tapi contraction yang tolak adik...arghhh...seksanya...

hah..doc siti dah sampai...sampai2 je doc ni terus dia kata push...1st push kepala adik keluar..2nd push selamat keluar semuanya...alhamdulillah lega sangat..adik aisyah selamat lahir 9.03pm..ibu bertarung nyawa dalam labor room dalam tempoh 3jam dengan 2kali push..tapi sakitnya memang hebat berbanding masa lahirkan abg faris dulu...ibu naik labor room 1pm and abg faris lahir 11pm..10jam dengan berkali2 push tapi akhirnya dengan bantuan vacuum baru abg faris lahir..10jam ibu rasa santai walaupon abg faris besar lagipon time nak push ibu dah tak rasa sakit (terlebih sedut gas)..huhu..adik aisyah kena berterima kasih pada abg faris sebab sediakan laluan mudah untuk adik..

itulah orang selalu kata, lain anak lain pengalamannya..ibu serik???..setakat ni belom lagi ada perasaan serik dalam diri ibu untuk beranak..ececeh..ucapan abah yang ibu tak kan lupa sampai bila2:

'hadiah anniversary paling best!!'
+
two thumbs up

 
wajah teruja bila 1st time abg jumpa adik...abg faris sayang adik aisyah kan???'adik angan angish..abg ada'..huhu..

syukur sangat..family kita semakin lengkap..ibu sayang family kita...

1 comment:

-DiraDiya- said...

Aisyah Husna..lahir 9/3..pukul 9.03pm..pndai aisyah plan..bla plk adam nk jd abg ni..hehehe..