Tuesday, January 18, 2011

tak semua benda boleh dapat dengan mudah

satu perkara yang faris kena belajar dalam hidup ini ~ 'tak semua benda yang faris nak boleh dapat dengan mudah'..ada golongan yang tak berusaha sungguh2 boleh dapat dan ada jugak golongan yang berusaha bersungguh2 tapi belum tentu dapat..cuma faris jangan cepat give up..kalau faris dah cuba tapi tak dapat seperti yang diharapkan toksah rasa down..mama bangga faris berani cuba dari tak buat apa2..

mama juga antara golongan yang sedang berusaha sungguh2 untuk bagi faris adik atau kawan..mama tak nak compared diri mama dengan wanita yang Allah mudahkan mendapat zuriat..di luar sana ada ramai pasangan yang tak berhenti berdoa dan mengharap agar diberi zuriat..waima anak seorang pon sudah memadai dari tiada langsung..mama baca forum perbincangan wanita2 ini..terasa syukur yang amat sebab mama ada faris!!mama berdoa semoga wanita2 ini diberi peluang untuk mempunyai zuriat sendiri..amin..

Alhamdulillah mama tak tunggu lama untuk dapatkan faris..sebulan lepas kawen mama pregnantkan faris..waktu pregnant yang sangat indah mama lalui..waktu melahirkan walaupun sangat panjang tapi mama enjoy every moments sebab rasa excited nak jumpa faris mengatasi rasa sakit..segala2nya Allah permudahkan..syukur..

mama/abah inginkan 1 family yang besar..lagipon ahli keluarga mama/abah memang ramai..mestilah mama/abah nak anak ramai..so after faris 1year..mama/abah berusaha untuk bagi faris adik..kali ni mama terasa diri seperti diuji..sehingga faris 2years mama still tak pregnant..tapi mama optimis..tak nak give up..sekali lagi mama compared diri mama dengan wanita2 yang dah bertahun2 kawen tapi belum ada zuriat..mama baru setahun..apalah sangat kan??

baru2 ni mama tak datang period..kalau sampai date hari ni..dah 44 hari belum jugak period..mama dah buat test tapi -ve..so mama gi Klinik Family..sekali doctor Fadillah (1st doctor yang detect faris wujud dalam rahim mama) tak bertugas..kena la jumpa doctor lelaki..gulp..apa mama nak gebang ni??..mama just bagitau pasal tak datang period je..kisah2 lain mama simpan..tak kuasa nak cerita kat bukan kaum sejenis..citer kat faris takpe la sebab faris patut tahu semua nih..kata baik sekarang!!...hehe..doctor tu just bagi ubat period and cakap hormon mama tak stabil je..mama dah telan berbiji2 tapi tak period pon..

so semalam mama nekad gi jumpa doctor pakar O&G kat Poliklinik Barakah..mama jumpa doctor Khairiah..baru best nak gebang hal2 perempuan..doctor scan rahim mama..check kalau2 ada cyst atau abnormal pada organ peranakan..alhamdulillah takde masalah..doctor scan jugak pada ovari kanan..ada 2 3 biji telur sedang matang..ovari kiri tak nampak telur pon..doctor suruh habiskan makan ubat period and tunggu sampai period..sebab masa scan dinding rahim nampak tebal and ada darah dalam kawasan rahim..

mama berdoa cepatla period..bila mama dah period, day 2 doctor akan bagi clomid (pil subur) and day 12 mama kena datang untuk trans-vigina scan (TVS)..ni mama wajib buat..bila mama dah lalui TVS baru mama buat entry khas ye..mama dah surf info pasal TVS ni..agak gerun tapi mama sanggup lalui demi faris and abah!!ini pengorbanan mama..

semua cerita di atas hanyalah usaha dari segi klinikal..tapi spiritual mama tak pernah lupa..mama tak stop berdoa selepas solat..mengaji sebagai penenang jiwa..jalani hidup dengan gembira..bersyukur dengan apa yang ada..
 
Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu serta patuhlah kamu kepada Allah supaya, kamu beruntung (mencapai kemenangan)." (QS Al-Imran: 200)

Firman Allah SWT lagi: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (QS Al-Baqarah: 45)
 
mama yakin Allah ada perancangan yang terbaik untuk family kita..sementara tu..boleh la mama tido peluk2 faris selalu..manja2 faris selalu..kita spend quality time bersama..mama tanamkan dalam diri jangan ada rasa malu atau down dengan kekurangan diri sendiri..mama jugak ada sedikit kelebihan yang Allah bagi..sekarang mama hanya mengunggu period then baru proceed step seterusnya..mama akan kongsi cerita dengan faris ok..muah..

3 comments:

YuFaRinZ said...

hmm...tak sangka ina dh start membuat pelbagai usaha dr segi klinikal..daku mendoakan agar usaha ina akan berjaya..smoga faris cepat2 dpt "geng"..he he
begitulah rezki masing2 ina, ada yg lewat skit lekat lepas kawen tp lepas tu berderet2 anak, ada pula yg 1bln kawen, dh +ve ujian urine.lepas tu dh susah nak lekat lg..semuanyer kene byk sabar,setiap tahap kesihatan individu adlah berbeza2..

dulu haku pun naik risau x pregnent2,ni semua ko punyer pasal lah.he he tercabar ler sbb ko sebulan kawen dh pregnen (hehe jgn mare)..tp tuhan itu Maha Adil.die memberikan aku pluang dulu utk 'honeymoon' dgn suami yg tgal berjauhan rupenyer..tak lame pun tgu, hanya 6 bulan kosong..risau mcm2.dgn period tak stabilnyer.ko ade gak tak period 44 hari.aku tak period 3 bln.buat test tp -ve.aku pun tak faham.tau2 je dah ade "org dlm"..Subhanallah.Alhamdulillah ade jg rezki utk aku & suami..

jadi bersabar lah sahabatku..teruskan usahamu.. :) pasti ade lg zuriat buat ina & suami yg sedang menanti gilirannyer ke dunia ini..

cerita mama said...

la ko ker ude..sapa la tadi..tu la..msg2 punya rezeki..semua Allah dh tetapkan..kita kn usaha dgn sabar..ko pon xlama lg nk jmpa baby..syukur sgt kan??tk cr..

dayang nur sharzwani bt ismail wani said...

Salam sis...actually saya pnya problem sbjik cm sis...saya pon ada appointment dgn poliklinik barakah esok...nak tanya wat tvs tu skit x?