Friday, November 12, 2010
Pengalaman bayar ptptn melalui kwsp
ok..ni senarai apa yang mama dah prepared sebelum ke kaunter kwsp shah alam
1. Lengkapkan borang KWSP 9H (AHL) - Pengeluaran Pendidikan..boleh download kat sini
2. Salinan IC - fotostat depan dan belakang IC pada 1muka surat A4..
3. Penyata KWSP yang terbaru - ni boleh dapat kat kiosk kat kwsp
4. Perjanjian Pinjaman Pendidikan atau Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan - WAJIB ada..
- mama punya perjanjian dah hilang ke mana ntah..so mama cari borang ini..mama lengkapkan dan buat kiriman wang pos RM90..then mama pos ke alamat yang tertera kat borang tu..dalam 1week mama dah dapat salinan perjanjian masa diploma and degree yang telah disahkan..senangkan??
5. Penyata Baki Pinjaman - WAJIB ada
- penyata dari internet atau e-fes tidak diterimapakai ye faris..kwsp nak yang ptptn sendiri keluarkan..so mama buat surat rasmi memohon penyata baki pinjaman diploma dan degree..jangan lupa tulis no IC dalam surat tu sebab ptptn akan membuat semakan melalui no IC..then mama fax ke no 03-2093 4623 and pos ke address bawah ni..
Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan, Damansara Height,
50490 Kuala Lumpur.
(u.p. Unit Lejar Pinjaman)
- in 1week mama dah dapat penyata baki pinjaman..amaun memang tak sama dengan yang dalam e-fes tu..chess..lebih sikit la..
6. Salinan certificate diploma and degree - WAJIB ada
bila dah lengkap baru mama jejak kaki ke kaunter kwsp cawangan shah alam..selalunya kwsp akan tengok mana yang terendah..maksudnya kalau ptptn RM 14k tapi akaun 2 kwsp ada RM10k..so kwsp akan keluarkan RM10k habis..tapi kalau ptptn RM10k and akaun 2 kwsp RM14k..ada la balance RM4k lagi dalam kwsp tu..faris faham tak??hurmm...faham la yer..
tapi kes mama ni special sikit sebab penyata baki pinjaman tu ptptn asingkan yang diploma and degree punya amaun..so mama telah berjaya bayar habis pinjaman masa diploma dulu..yang paling best akaun 2 kwsp mama still ada banyak baki..hehe..alhamdulillah..so baki pinjaman degree mama bayar tru e-fes..biar kwsp mama berehat dulu baru fikir apa nak buat..ahaks..
selepas selesai urusan di kaunter, staff kwsp bagi mama Notis Akuan Penerimaan Permohonan..staff tu akan kata dalam 21hari bayaran akan dibuat..tapi sebenarnya dalam 2 3 hari je kwsp dah bayar terus ke ptptn..cepatkan?? in 1 week mama akan dapat penyata pengeluaran dari kwsp..tanpa berlengah, mama buat surat rasmi..mama sertakan sekali salinan penyata dari kwsp and jangan lupa tulis no IC!!..fax ke 03-2096 1072 and pos ke:
Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan, Damansara Height,
50490 Kuala Lumpur.
(u.p. Unit Penguatkuasaan & Kutipan Balik PTPTN)
bagi kes nama dah yang disenarai hitam oleh ptptn..selain dari kena bayar lump sum boleh juga bayar sikit2..tapi amaun min yang perlu dibayar supaya nama clear adalah RM7300..kalau dapat potong kwsp RM8k atau lebih lagi selamat kan..so kalau nak clearkan nama kena buat surat rayuan memohon pembatalan senarai hitam sertakan sekali bukti penyata kwsp tu..fax dan pos ke Unit Penguatkuasaan & Kutipan Balik PTPTN..no IC jangan lupa!!..hehe..
kita sebagai peminjam kena selalu call ptptn untuk semak status..sepanjang mama call hotline ptptn sentiasa ada orang jawab..sekarang dah takde isu 'ptptn tak jawab call so camne nak bayar'..takde alasan dah..ptptn tak akan cari peminjam..so jangan terkejut tetiba datang surat saman..hutang tetap hutang..agreement pon dah sign kan..so kalau berani naik la court di dunia..tu belum court di akhirat..mama takut..
pembayaran pinjaman melalui kwsp bukan setakat peminjam ptptn je boleh buat..peminjam MARA, JPA etc pon boleh tapi kena betul2 confirm dengan kwsp sama ada prosedurnya sama macam bayaran ptptn atau tak..
alahmdulillah nama mama clear ptptn and imigresen..tapi duit je tak berapa nak clear selagi hutang tak habis..hehe..
Thursday, November 11, 2010
H.U.T.A.N.G
APAKAH HUKUMNYA ORANG YANG TIDAK MAHU MEMBAYAR HUTANG DAN APAKAH HUKUMNYA ORANG YANG MEMBERI HUTANG?
Dalam Islam berhutang memang di haruskan. Islam memberi galakkan kepada umatnya, agar memberi bantuan kepada saudara-saudaranya, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi. Umpamanya perkara-perkara yang berkaitan dengan makan dan minum, tempat tinggal, pelajaran dan sebagainya. Sebagaimana dalam sebuah hadis :-
Maksudnya : [Daripada Abu Hurairah ( r.a ) berkata seseorang , Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? beliau bersabda : "memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya].
Hadis ini menerangkan antara pekerjaan yang paling baik ialah menolong menjelaskan hutang seseorang. Persoalan sekarang ialah sebahagian orang Islam sengaja melambat-lambatkan membayar hutang apabila tiba waktu hendak membayarnya. Berbagai-bagai alasan akan di berikan untuk mengelak atau menangguhkan pembayaran hutang tersebut. Sesungguhnya melambat-lambatkan bayaran hutang, amatlah besar sekali akibatnya dalam kehidupan manusia, bukan sahaja di dunia, bahkan juga di akhirat. Antaranya:
1. Mereka akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
2. Hidup mereka tidak mendapat keredhaan Allah.
3. Mereka di golongkan dalam perbuatan zalim.
4. Amalan kebajikan mereka tidak diberkati.
Apabila seseorang itu berhutang, bermakna dia mula meletakkan belenggu di batang lehernya, dan belenggu itu tidak dapat dilaksanakan, kecuali hutang tersebut dijelaskan. Kalau tidak sempat dijelaskan, hutang itu akan terus di bawa sampai ke hari pengadilan di akhirat. Yang mana ketika itu tiada lagi pembayaran dengan ringgit atau dolar, tetapi pembayaran dengan amalan-amalan kebajikannya.
Bagaimana kalau tidak ada amalan kebajikan?, kita akan dihumban ke dalam api neraka. Demikianlah akibat tidak menjelaskan hutang. Oleh yang demikian, Islam menganjurkan antara perkara yang wajib di segerakan di atas dunia ini, selain dari jenazah hendaklah segera dikebumikan, dan anak perempuan yang dipinang orang hendaklah segera dikahwinkan, maka hutang-piutang hendaklah segera dibayar atau dilangsaikan, untuk mengelakkan terabai membayarnya.
Islam sangat mengambil berat dalam soal pembayaran hutang, dalam ertikata lain , hutang adalah merupakan satu syarat untuk mendapat keredhaan Allah. Seseorang yang berhutang, hendaklah berniat dalam hatinya untuk menunaikan hutang tersebut, kerana Allah akan memudahkan baginya bila dia hendak menunaikannya.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : [Semua dosa-dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya]. Sabdanya lagi : [Dan barangsiapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati, maka Allah akan bertanya di hari kiamat: " Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak hambaku?, maka di ambillah amal kebaikan orang itu, dan di berikan pada orang yang memberi hutang, dan jika tidak mempunyai amal kebaikan, maka dosa-dosa orang yang memberi hutang itu, di berikan pada orang-orang yang berhutang].
Rasulullah S.A.W. mengingatkan kita bahawa orang yang berhutang terikat dengan pembayaran. Dia mesti menjelaskan hutangnya semasa di dunia, kerana apabila dia dah mati dan dia masih lagi menanggung hutang, maka rohnya akan tergantung sehinggalah dijelaskan hutang tersebut.
Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W : [Jiwa orang-orang mukmin tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak di hukum kepadanya selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya].
Abu Said R.a berkata : "Telah di bawa kepada Rasulullah S.A.W jenazah untuk disembahyangkan, lalu Nabi bertanya: Apakah mayat ini masih menanggung hutang?, Sahabat menjawab: Ya, Nabi bertanya: "Apakah ia ada meninggalkan harta untuk membayarnya?, jawab Sahabat: Tidak. Nabi bersabda : "Sembahyanglah kamu kepada kawanmu itu, Nabi sendiri tidak ikut menyembahyangkannya. Kemudian Ali Bin Talib berkata: "Biarlah saya yang membayar hutangnya". Sesudah itu, Nabi segera maju menyembahyangkannya, lalu ia berkata kepada Ali, Semoga Allah membebaskan tanggunganmu (dirimu) dari api neraka, sebagaimana kamu membebaskan tanggungan saudara yang muslim itu.
Tidaklah seorang Muslim yang membayar hutang saudaranya, melainkan Allah akan membebaskan tanggungannya (dirinya) dari api neraka pada hari kiamat kelak. Oleh itu seseorang yang berhutang janganlah menangguhkan bayaran, apabila mempunyai peluang untuk membayarnya. Perbuatan tersebut, adalah tergolong dalam perbuatan orang yang zalim dan dia berhak mendapat hukuman Allah di atas perbuatannya.
Sabda Rasulullah S.A.W. : Maksudnya : [Penangguhan (hutang) oleh orang yang berkuasa membayar, adalah satu kezaliman, halallah maruahnya dan jika hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang) boleh mengambil tindakan ke atasnya dan maruahnya]. wallahu a'lam bissowab
Tuesday, November 2, 2010
Trip to Chiang Mai - Day 1 (29 Oct 2010)

kita landing Chiang Mai Airport 8.40am (northern thai time)..kat malaysia 9.40am..maknanya northern thai lewat 1jam..flight 2jam 40mnt..masa kita sampai tu hujan agak lebat..weather kat sana nak masuk winter..ada matahari tp angin/udara sejuk..bas travel agency dah tunggu kita..
ni la Ms Thip..one of our tour guide
Doi Suthep Temple
doi maksudnya gunung..so kita naik bas 30mnt ke puncak gunung masa tengah hujan tu..kabus sangat tebal so tak dapat nak tengok bandar Chiang Mai dari atas gunung..kita malas nak daki beratus2 anak tangga..so naik je automatic cable car..(ala2 lift tapi naik condong)..dalam tample tu ada banyak patung2 buddha..kebanyakkan patung tu diorg salut dengan emas..ada 1 pagoda tinggi kat tengah2..puncak pagoda tu adalah dari pure gold..dulu bandar Chiang Mai pernah terkena gempa bumi yang dah menjejaskan struktur pagoda tu..sekarang pagoda tu diorg dah baiki tapi masih di support dengan scaffolding..





ini idea Thaksin nak majukan industri pelancongan di Chiang Mai..officially open to public in 2006..masa Thaksin jadi Prime Minister dia banyak buat deal dengan negara2 lain untuk donate something sebagai lambang negara diorg..banyak negara yang join..macam Indonesia donated replika rumah bali..Malaysia - rumah kampung apa ntah..keh..keh....turki - taman air..selain dari replika, ada banyak bunga2 and pokok2 yg cantik and menarik..taman ni besar so kena naik tram keliling 1 taman ni..mama terpegun cara diorg trim pokok2 renik jadi bentuk yang sangat menarik..ada bentuk naga tau..superb!!

kat main entrance gardan tu ada banyak patung rabbit..king of thai lahir masa tahun rabbit..so rabbit tu as a symbol of king of thai..sekarang ni king tu umur dh 80++ and tengah sakit..masa tengah naik tram keliling2 taman, mata mama ternampak 1 bangunan yang sangat cantik..tu Royal Pavilion..architecture yang sangat mempesona..susunan bunga so simple but very nice..tak serabut..kita tak sempat masuk rumah tu la sayang..

kebetulan kita sampai taman tu matahari dah terpacak atas kepala and faris pulak tido..tak dapat nak jalan2 naik turun bukit..apa lagi..frust la mama and abah tak dapat nak buat filem hindi kat situ..so faris WAJIB tengok video taman ni ye syg..video ni mewakili apa yang mata mama nampak kat area taman tu..bule ke cenggitu??..ok la..ok la..pic pon ada la..hihi..faris layan ye..

Sightseeing Chiang Mai City
Mae Ping Imperial Hotel


dah abis licin kita bedal lauk2 lunch tadi terus check in hotel..hotel ni dengan night bazar ala2 sekangkang faris je..ok jugak la hotel ni..depan gate hotel ni ada sederet kedai massage..girls dia pon very the sexy..asal lalu je mama tutup mata faris..mata abah mama kasi renungan tajam..haha..semua yang join trip (1st, 2nd n last trip) stay kat hotel ni..full house faris!!dapat je masuk bilik kita mandi, solat jamak n ZZZzzzzz time..kumpul energy untuk malam nih..semua dah flat..5.00pm kita kena bersiap sebab nak g dinner..'yes..yes..makan time..mama like it..' (smbil mama buat chicken dance depan faris) hehe..owh ya..kat sini kul 6.00pm dah gelap tau faris..angin sejuk je..mama lupa la nama restaurant tu..tapi tom yam dia terangkat oo..ikan dia tinggal tulang mama kerjakan..brrruuupp...alhamdulillah..nak tau apa yg best hotel ni??faris tgk sini
Culture Show
kita tengah tunggu culture show..kat belakang kita tu la botol drinking water..brand chang (elephant)
habis show semua cepat2 naik bas sebab dah tak sabar ni nak terjah night bazar..tp masa nak naik bas tu sempat pulak staff culture show tu nyalakan lantern (tanglung)..lantern terbang tinggi ikut arah angin..dapat la jugak mama pegang and lepaskan lantern beramai2..sudah..sudah..sudah..cepat naik bas..tak sabar nak sopeng nih..so sampai hotel terus siap2 then terus berjalan kaki ke night bazar..uuuhh....bundar bijik mata mama...yehaaa..shopping time..tapi mama tak beli apa pon..konon usha2 dulu..hehe..tengah malam baru balik hotel tido..tak sabar tunggu aktiviti esok..daaa....