Sunday, December 9, 2012

Itinerary to Korea

Assalamualaikum,

yeay..kita nak ke Korea!!

insyaAllah family kita akan ke sana pada 31 januari 2013 selama 5hari 3malam..ini pon sebab kita join company trip Gas Malaysia..date dari awal Januari hingga April yang boleh dipilih tapi kita sepakat pegi end of January..

at first plan nak tinggal faris and husna sebab kat sana time tu tengah winter..kadang2 boleh jadi bitter winter..tapi tak sampai hati nak tinggal anak2..setakat ni mana penah ibu abah tinggal anak semata2 nak gi holiday..harap time tu ada la salji yang turun ataupon sisa2 salji..so dapat la feeling2 Winter Sonata..buat es kepal baling ke abah..abah plak jadi mangsa ek..

itinerary dah pon diedarkan..so dah tau kita akan ke mana sepanjang berada di Korea..kita akan melawat sekitar Seoul and Nami Island..

Day 01: KUALA LUMPUR / INCHEON

from KLIA to Incheon International Airport..naik Korean Airlines Boeing 777

Day 02: SEOUL

Kimchi School - meh kita belajar buat kimchi..hehe

Digital Pavilion - ni kompleks IT..kita just cuci mata je kat sana..macam plaza low yat tapi mesti barang2 teknologi kat sana lagi hebat and up to date..

Odusan Unification Observatory - kita melawat sempadan Korea Utara and Korea Selatan

Day 03: NAMI ISLAND / SEOUL

Nami Island - pulau yang sangat best and cantik..kat sini la ibu abah nak feeling2 winter sonata..huhu

Namsangol Hanok Village - perkampungan traditional orang korea..kita dapat tengok lifestyle dorang..

Myeongdong - tempat shopping kat Seoul..mesti kena 'ukur jalan' so duit bakal susut dengan hebatnya di sini..bahaha

Day 04: SEOUL

Deoksu Palace -  macam kawasan istana gitew..harap dapat tengok pengawai istana buat perbarisan..

Sarangchae - tempat pameran and museum..yang menarik bangunannya adalah environmentally friendly..

Cheongwadae - lebih dikenali sebagai Blue House..president korea dok sini

Dongdaemun Market - hehe..tempat 'ukur jalan' jugak ni..ermm berapa banyak la duit nak bawak ek..pecah tabung korang..

Ginseng Outlet - cuci mata je..kalau ada ginseng sangat murah nak hint2 abah beli lah..

Cosmetic Duty Free - ibu bukan jenis suka bermekap..natural beuty..(tangan kat bahu mata pandang atas)..

Day 05: SEOUL / KUALA LUMPUR

Skin Anniversary Beauty Town - orang2 yang suka bermekap and jaga kecantikan sesuai la ke tempat ni..banyak kot barang atau alatan mekap kat sini..

Paju Premium Outlet - tempat shopping lagi..bahaha..

Teddy Bear Gallery - tempat yang paling banyak teddy bear..husna takut dengan patung..alololo..sweet patung2 bear tu..

Trick Art Photo Zone - tempat ilustrasi gambar..ada macam2 gambar yang kelakar and menarik..

Grocery Shop - shopping dan shopping dan shopping perabih duit won..

transfer to airport..kita balik Malaysia..

so sekarang ibu abah dah start survey kedai2 jual winter wear..ibu nak balut korang berlapis2 and ketat2 especially si husna..

semoga perjalanan kita dipermudahkan dan dilindungi oleh Allah SWT..amin..

Template Baru

Assalamualaikum,

huhu..lamanya tak update blog..so hari ni ada masa ibu pon godek2 blog and kasi rupa baru..nak kasi up semangat sebenornya..banyak perkara yg best and tak best dah berlaku sebelom ni tapi tu semua cerita dah lama..so abaikan..

ok la..ini pon just entry permulaan..penanda semangat nak menaip tu datang..isnyaAllah ada cerita and masa (ni yang paling penting) ibu akan bercerita untuk bacaan faris and husna..till then..ibu love u both..muah..