Wednesday, December 22, 2010

curtain bunga-bunga cinta

ini memang hobby mama..mama suka try menjahit apa saja benda yang mama suka..hehe..mama buat curtain ni dah lama dah..masa nak raya 2009..gigih mama siapkan..nasib baik nenek keramat tolong potongkan kain sampai siap curtain untuk 1 window..mama follow sebijik macam yang nenek tunjuk dengan bantuan en. singer sewing machine untuk window yang lain..

at first mama nak english concept untuk purple house kita ni..tu yang mama pilih corak bunga2..mama buat untuk all windows and 1 door at living room..bedrooms at up stair pakai yang sedia ada dulu..tapi lama2 mama rasa tak sesuai dengan jiwa mama..mama lagi suka moden kontemporari..lagipon furnitures rumah kita mostly black and dark calour..mana match dengan english concept yang suci murni white colour..

tapi takpe..corak and colour curtain ni still boleh match dengan colour cat and furniture yang ada..hentam aje..mama pilih jenis curtain yang paling senang nak buat..complete dengan day light curtain and manik berjuntai tu..


pic atas tu untuk lapisan pertama..dah siap potong and jahit tepi..mama potong serong konon nak ada bentuk ombak..layann...

pic yang ni mama dah jahit manik berjuntai pada kain..macam curtain pakai anting2 la plak..

close up manik berjuntai..ada banyak jenis..harga depend on jenis juntaian yang kita pilih..mama berkenan yang ini sebab ada unsur bunga and daun same to pattern kain..

tadaaaaaaaaaaaaa....hasilnya setelah berpenat lelah menjahit then tetas then jahit balik..jahit langsir ni kena banyak sabar..lagi2 masa nak jahit pelapik yang pasang penyangkut tu..salah jahit boleh herot kain..so tak kemas la curtain kita..faris suka??..mama sukaaaa sangat2..muah..

Sinopsis Drama Sebabak untuk Anugerah Skrin oleh Director Tersohor - Mamafaris

ni sinopsis drama sebabak yang dilakonkan oleh pelakon terkenal kat atas tu..seman syam nor dan dzarinah che wan...jalan cerite dia memang best..lain dari yang lain..agak2 bule menang BESAR dalam Anugerah Skrin tak??

barisan pelakon:

Seman Syam Nor sebagai suami mithali
Dzarinah Che Wan sebagai isteri yang tengah pregnant
Dr. Siti Mariam sebagai doc O&G
Faris Najmi sebagai baby baru pop out
Nurses (pekerja tetap hospital)

Ok..ni sinopsis untuk cerite yang kompom masuk Anugerah Skrin...scene ini dibuat di Shah Alam Specialist Hospital pada 2 jan 2009 pukul 11.30am..

Kelihatan sepasang suami isteri sedang sabar menuggu giliran untuk berjumpa doctor..si isteri sedang pregnant 1st baby and dah 39weeks..tunggu punya tunggu pukul 12.30pm baru dapat jumpa doctor..doctor scan baby untuk melihat perkembagan baby and berat..doctor very the shocked sebab baby dah 3.70kg..and air ketuban sungguh banyak..doctor bagitau kena deliver hari itu jugak..pasangan itu pon melopong..???..siap request lagi..saya tak sakit pon..bule tak deliver minggu depan??doctor geleng kepala tanda protes kerana si isteri ada diabetic and dikuatiri baby akan membesar dengan jayanya..so susah la nak teran kan?terpaksa la pasangan tersebut akur dengan keputusan doctor..doctor kata 'naik labour room kita jumpa kat atas'..nasib baik dalam kereta dah prepare bag baby siap2..

Sebelom masuk labour room pasangan itu diberi bilik sementara untuk si isteri tukar pakaian rasmi hospital..then seorang nurse bagi ubat poo poo..si isteri gelak beso sebab ubat tu untuk elak terpoo-poo time push..dah selesai terus gi labour room dan nurse bagi makan roti cicah milo panas..kasi tenaga oo sebab si isteri tak sempat breakfast pagi tu..sempat pulak si isteri bermonolog..'oo.. tadi dalam bilik aku gelak2 suka sebab macam tak percaya kena paksa deliver..hah sekarang rasakan..' si isteri kelu apabila melihat segala kelengkapan yang ada dalam labour room itu..yang paling si isteri gerun bila terlihat 1 stick untuk pecahkan air ketuban..miahahahah..si isteri gelak takut....

Si isteri disuruh baring atas katil...si suami pandang penuh perasaan bercmpur aduk..'don't worry bang..im okey' kata si isteri..nurse pon buat kerja penuh dedikasi..si isteri membiarkan nurse buat sesuka hati pada dirinya..cucuklah tangan..pasang la segala wayar..si isteri rela..datang seorang nurse masukkan ubat induce sebanyak 0.06 dalam botol air..si isteri tak rasa apa pon..nurse tambah lagi jadi 0.12..sama gak..then datang seorang nurse yang agak berpengalaman untuk pecahkan air ketuban..si isteri risau lalu bertanya sakit ke tak..nurse dengan confident kata tak sakit langsung..si isteri meminta kepastian sebab risau tertiba masa nak pecahkan air ketuban kakinya akan tertendang nurse..nurse dengan pantas bagitau 'kesakitan yang minor je'..oo ok si isteri agreedkan aja..hah hambek ko air ketuban memancut keluar..sakit sikit tapi perut still tak rasa apa.nurse masukkan lagi ubat induce jadi 0.24...si isteri tertido dengan lena..

Pukul 3pm si isteri terjaga sebab perut dah rasa something la..oooo...alas katil juga dah basah lencun la..doc siti datang check..ooooooo lagi (macam gagak asyik O..O..O)..dah bukak 4cm la..datang seorang nurse nak kosongkan pundi kencing..lagi skali si isteri bertanyakan soalan yang sama..'sakit tak?'..nurse kata 'sakit..so get prepare ye'..straight to the point je nurse ni..bagus!.perghh..memang sakit..dah selesai sempat pulak si isteri memotivasikan dirinya sendiri..'jangan risau kita enjoy!!!' pukul 7pm si isteri dah mula rasa contraction..si suami ada di samping isteri bagi semangat and sama2 beristigfar + membaca surah lazim.si isteri bule tahan lagi..bukaan dah 6cm..

Pukul 9pm..si isteri dah rasa contraction yang hebat...rupanya time tu ubat induce dah 0.48 nurse tu masukkan..bacaan monitor jadi 38 bila contraction paling kuat dirasai oleh isteri.si isteri segan nak jerit2 so gigit je kain..bukaan dah 9cm..doctor siti dah ready..nurse suruh si isteri sedut gas bila rasa contraction..bila bukaan dah 10cm doctor siti suruh push..si isteri pon push la sungguh2..ntah berapa kali push kepala baby asyik keluar masuk je..si isteri meminta kebenaran doctor untuk pelok si suami bila time push..doctor benarkan..so bila si isteri nak push je si suami kena bongkokkan badan sebab si isteri nak pelok..segala aksi gantung kaki, tolak kayu, tarik tali dan sebagainya si isteri buat..kepala baby tak keluar2..si isteri dah letih and dah tak rasa sakit contraction walaupon bacaan monitor 38..ni mesti sebab banyak sangat sedut gas...

Doctor siti sempat buat meeting tergampar dengan midwifenya..kata putus dicapai..kita vacuum!!!..doctor siti tanya pendapat suami isteri tersebut...si isteri ok aja..so bila bacaan monitor 38 si isteri push and doctor vacuum...tetiba..klentung...klantang...rupanya kepala vacuum tercabut..memercik darah ke tudung nurse.miahaha..cuak muka doctor siti..takpe kita try lagi...tapi kali ni seorang nurse muda panjat katil and tolak perut si isteri pakai siku dia..alhamdulillah berjaya juga kepala baby keluar..dengan sekali push body baby keluar sepenuhnya tepat pkl 11.11pm..kesian kepala baby benjol sebelah..tangisan baby sungguh nyaring..

Setelah tembuni ditarik keluar tibalah sesi jahit menjahit..doctor siti bius dulu..so si isteri tak rasa sakit tapi bule rasa benang tu ditarik keluar masuk..si isteri yang sangat mamai akibat tersedut gas berlebihan bertanya 'banyak ke epi doctor?' ..doctor balas 'banyak..tapi i suka kerja2 merepair ni'..si isteri terus tutup muka dengan tangan..doctor siti tanya 'sakit ke??'..si isteri balas 'tak..saya tengah feeling'..sah si isteri tengah stone..baby dibersihkan, ditimbang & diukur..brt bb hanya 3.29kg and panjang 49cm tapi kepalanya memang beso..syahdunya bila si abah mengazankan baby and bila si mama menyusukan bayinya buat kali pertama..pasangan ini sungguh bahagia...

ni la pelakon baby faris najmi..time ni dalam perut lagi..5 weeks and 16weeks..



yang ni pic baru lepas pop out..fresh from oven orang kata..tembam oi..


Komen mama:

1. scene ni mempunyai ending yang happy sebab lengkap sudah 1 family kecik..ada abah..mama and baby..mama ingat nak buat sequel drama sebabak lagi..tapi pelakon sebagai baby tukar lain sebab baby lama dah beso..pelakon lain kena kekal la kan..gandingan terhebat tu..hehe...

2. sehari selepas scene ni seman syam nor ngadu kat mama yang pinggang dia rasa macam nak patah je sebab pelakon dzarinah che wan pelok kuat sangat..takpe doctor bule bagi mc..

3. lakonan doctor siti pon berkesan and meninggalkan kesan pada mama..bagus doctor nih..tak tergopoh gapah nak operate orang..sempat pulak tu meeting dengan midwife mintak pendapat..

kalau jadi sequel tu mama nak buat scene kat tempat yang sama and of cos doctor yang sama..tapi masalahnye sekarang..pelakon baby baru tu belom ada lagi..mama selalu doa semoga baby tu cepat2 ada..meletup2 la sequel mama..kebaboommmm...

apa pulak ek komen faris??jalan cerita ni mantap ke tak? ke sama je macam cerita david teo..yang ala..ala..tu...tak kisah la..mama nak syok senderi..bule??baju lip lap mengerlip mama dah ready nak pakai jumaat malam nanti..wish mama luck ye faris..

Thursday, December 16, 2010

Trip to Chiang Mai - Day 3 (31 Oct 2010) & Day 4 (1 Nov 2010)

Assalamualaikum..

ok, toksah nak mukadimah panjang2..ni mama continue lagi cerita pasal trip..last part nih..

DAY 3

Lampang (Horse riding)

semua dah ready dalam bus sebab hari ni perjalanan kita lagi jauh..kita nak ke Lampang..took about 2hours..sempat la abah, mama and faris tido..macam tak cukup tido plak..ooo ya penat ukur jalan la malam tadi...buat2 muka innocent plak..

driver ikut super highway..jangan salah faham ye..super highway level dia bawah highway..means that level super highway ni macam highway PLUS..highway ni plak level macam NKVE la lebih kurang (high class sikit condition dia)..tapi yang sangat best no toll booth!! kalau tak silap, nak ke Ayyuthia je yang ada toll..tu pon murah sangat compared to malaysia toll rate..kalau malaysia jalan tak sampai 5km pon toll rate je dah RM1.20..hampas tul...

sampai je lampang, deretan kereta kuda dah sedia tunggu kita..wohohoho..kita merasa naik kereta takde tingkap and aircond yang ditarik oleh kuda di atas jalan tar..(gila panjang ayat penyata)..berderet panjang kereta kuda bergerak..kereta berenjin atau motor berekzos sila bagi laluan ye..local people pandang kita..ouh..kita tourist tau..tu yang muka jakun flashing out tak hengat..kita naik kereta kuda sampai ke Ban Sao Nak..bukan Nang Nak tau...


lupa nak inform..hanya di lampang saja dibenarkan kereta kuda menggunakan jalan raya..kena ambil lesen tau..apa ingat boleh suka2 hati main bawak kereta kuda??..ala..asal ada kereta kuda and dah ambil lesen dalam RM5..dah boleh ronda2 lampang tanpa disaman..see..kacang je..


Ban Sao Nak (rumah banyak tiang)


rumah ni ada 116 batang tiang..besar rumah dia..lengkap dengan laman kat tengah2, living room, bedroom, kitchen..toilet mama tak check pulak ada ke tak..rumah ni kepunyaan orang kaya burma yang larikan diri ke thailand..dia angkut 1family dia sekali..penjaga rumah tu sekarang bukan dari family asal dah..rumah ni dibina dari kayu jati..memang tahan sungguh..perabot and hiasan rumah still maintain..frame2 gambar ahli family still tergantung..yang girls memang cantik2 pakai baju traditional burma..lepas tu kita gi lunch..hahaha..ni yang mama tunggu..licin oo kena bedal oleh sang bedal..








Factory Outlet

tour guide bawak kita gi factory outlet yang ada di sekitar lampang nih..kali ni kita ke ceramic factory..set pinggan mangkuk..tea set..ceramic souvenir..macam2 ada..but why?..why mama terlalu jual mahal hah??abah dah offer baik punya nak belikan tea set yang sangat santek..mama kata 'tak yah lah'..offer nak belikan set pinggan mangkuk gambar ayam macam pic kat atas tu pon mama kata 'tak yah lah'..penyakit apakah ini??..kat malaysia tak kena penyakit ni pon..bukannya takleh bawak hand luggage pon..mama naik flight balik sambil geget jari je..rugi besar..lain kali kalau abah offer cepat2 kata 'nak sangattttttt' sambil terkinja2...





then kita ke umbrella factory..dorang buat demo camne kertas umbrella dibuat..dorang pakai sejenis pokok yang ditumbuk lumat..digaul ke dalam air and cepat2 sauk dengan jaring2 halus..keringkan..so lepas tu dah boleh glue kat kayu2 umbrella and terus painting..mama nak beli tapi tak sesuai nak guna time hujan..nak hias dalam rumah lagi tak sesuai..kang tinggal ranting je faris kerjakan..no way..membazir!!..mama beli kipas hiasan untuk nenek keramat and nenek purun..mama beli gak tempat letak pen dari buluh yang ada pic elephant..time dinner kita makan lagi dan lagi sampai licin...takde maknanya nak diet kat chiang mai ni..makanan memang marvelous...boleh rosak diet..




balik dari factory outlet kita gi dinner kat restaurant ni dulu sebelom balik hotel and terus ke sunday market

sevice washing machine..macam kat uitm plak..slumber letak kat luar..

Sunday Market (malam)

kalau gi chiang mai jangan balik hari ahad hokey..baik balik hari isnin..rugi besau kalau tak ke sunday market nih..lagi happening dari night market..5km mama ukur jalan ni..macam2 jenis barang, makanan, even ada show kat tengah2 jalan..duit dalam tangan ada lagi nih..harga barang yang sangat2 murah..tapi kena pandai bargain..banyak souvenir murah2 mama beli, hiasan rumah, baju cap chiang mai, fridge magnet, bag dengan corak yang dorang jahit sendiri..pendek kata penuh la bag jusco and stroller faris..




ada brannn..nak try serangga goreng nih..nyummeh..

mama sangat berkenan dengan painting yang dorang jual..kalau kat ikea mau makan ratus..tapi dorang jual sangat murah..sekali lagi mama kata 'tak yah lah'..huh..nyampah lah..inilah night market paling happening yang mama pernah terjah..kalau ada rezeki mama nak datang sunday market lagi..tebus balik segala benda yang mama kata 'tak yah lah'..


balik tu kita naik tuk tuk..boleh je kalau nak naik kenderaan macam van tu..tong ramai2..tapi kita nak merasa naik tuk tuk..wahahaha..boleh pulak budak tu merempit bawak tuk tuk..memory sungguh!!..sampai hotel terus kemas barang sebab esok pagi2 terus check out..


DAY 4

dah check out..gi breakfast..then terus ke airport..ala..terasa kejap je masa berlalu..tak puas lagi jalan2 sekitar chiang mai..mama frust jugak tak dapat makan sweet sticky rice with manggo..tak dapat gi golden triangle tengok sempadan burma, thai and laos (tak ambil package tu)..tapi insyaAllah one day kita datang lagi..

duit bhat yang tinggal..nak simpan je buat kenang2an

babai chiang mai

Thursday, December 9, 2010

Trip to Chiang Mai - Day 2 (30 oct 2010)

Assalamualaikum...

Ya Allah..dah sebulan lebih mama tak continue story kita ke chiang mai..hehe..cerita kita ke bandung and penang pon belum story lagi..penyakit malas mama datang tak nak balik2..mama marathon ni..jaga2 faris..

ok la activities for day 2 ni lagi menarik dari day 1..kita jalan jauh sikit..

Maesa Elephant Camp

pic yang hanya nampak baju..muka sipi2 je..tapi bukan antoo tau...abah salah setting itu en cam..

Location camp ni kat gunung yang sama terletaknya pagoda doi suthep tu..tapi lain arah..maksud mama nak naik doi suthep ikut east and nak ke elephant camp ikut west..ala2 gitu la..almost 1hour jugak la naik bus..sampai je camp terus ride the elephant..kita 1 family ride 1 big elephant..faris sebut 'phen'..sweet je dengar..sempat elephant tu buat kuih 3 ketul besar2 and 2 baldi kot air oren..kita round 1 camp tu..naik bukit best..tapi bila turun bukit..seksanya..menggeletar tangan mama sebelah pegang palang sebelah pegang faris..abah??peluk bag camera dia je..huff..huff..

dah enjoy elephant riding..kita tengok plak elephant bathing..sakan elephant ni kalau dapat masuk sungai..ada elephant comel tu berguling2..pukul air dengan trunk..elephant tu tak nak naik..tepuk montot dia..biasa dia ye..


mummy-to-be elephant..besau perut dia..
then kita continue tengok elephant show..part ni mama enjoy sampai gila (sekarang dah waras ek)..faris enjoy main lompat2 kat belakang..suka hati la..macam2 show..elephant painting..elephant playing football..elephant main dart!!..elephant susun kayu balak..mama suka hasil painting elephant ni tapi mahal..owh ye..1 trainer train 1 elephant..diorang jaga elephant macam jaga pet sendiri..

elephant to greet the audience..see its leg and trunk..sweet kan??



ahah..ni hasil painting elephant tadi tu..dan2 siap terus tampal 'reserved' you..

main dart...pecaya x??

at the end of the show...superb!!!good working team..both trainers and the elephants..applause..yeahh...

masa nak keluar tu ada plak tuk tuk..layanzzz...

Monkey Centre


or monkey school..see faris..monkey pon gi school tau..hehe..dorang train monkey untuk buat show..kita ramai2 enjoy tengok monkey show..monkey tu petik kepala..naik basikal..main basketball..buat magic..jual cream..what??serius monkey tu jual cream..faris beli tau..pic bwh ni monkey 'jordan' say sawadeekap..hehehe..


Long Neck Tribe Village

Ini option..sapa tak nak pergi takpe..bule duduk tepi jalan makan ice cream..hehe..mama nak pergi..so kena bayar 500bhat/head..total 1000bhat..sebelom ke chiang mai mama dah survey pasal tribe ni..dalam youtube pon ada..tribe ni asal dari burma tapi lari ke thailand..ada yang sebut kazen tribe atau sadong tribe..memang tribe ni dok dalam hutan..tribe ni femes sebab dorang lilit leher and kaki dengan lilitan gold yang berat..lama2 leher and kaki jadi panjang..kalau ikut cerita tour guide tu..banyak version lar..

1. kaum lelaki kena masuk hutan untuk cari hasil hutan..kaum wanita dok kat rumah jaga family..selalunya lelaki masuk hutan lama..bila balik ada je wanita atau anak2 dorang mati kena baham dek tiger..so kalau pakai lilitan gold tu boleh protect dorang dari kenan baham kat leher or kena tarik kaki..

2. ada sorang puteri burma yang kecik hati sebab pemerintah time tu abaikan keadaan rakyat yang susah..so dia lari masuk hutan..dia nak rasa kesusahan rakyat dengan letak beban pada leher and kaki..mula2 wanita lain pakai sebab nak ikut jejak langkah puteri tu..tapi lama2 sekarang dah jadi 1 accessories plak..umur 5tahun dorang dah kena pakai benda tu..

aunty yang femes dalam youtube main gitar sambil nyanyi kat tangga

sementara aunty petik gitar sambil nyanyi..gurls ni plak menari tarian tribe dorang..menarikkan fesyen dorang..

Selain jaga family, kaum wanita tribe tu pandai menenun..dorang ni femes dengan hasil kerja tangan yang colourful..mama borong selendang untuk opismate mama dari mokcik yang femes amos dalam youtube tu..


pic selingan..faris puas hati kejar ayam belakaang rumah tribe tu..

Factory Outlet

Banyak factory outlet yang tour guide tu bawak..boleh tahan gak harga barang2 dia..mama tak beli apa sangat..nak spend duit masa ukur jalan night market nanti..hehe..kita gi leather factory, honey factory, jewellary factory, silk factory and snack factory..


bag2 leather yang santek..harga juga santek..cuci mata je la..

honey factory..mama beli tamarind candy je..180bhat

nak cari silver jewellary yang santek2..datang sini..

silk factory..kepunyaan Thaksin Shinawatra..mantan PM thailand..

Dinner sambil berkarok-OK

Dinner malam tu memang happening..semua trip (trip1, trip2 and last trip) join..penuh restaurant tu..anak tekak mama dah melentok kiri kanan tak sabar nak bagi makanan lalu masuk kerongkong..faris pon makan banyak..ada lucky draw..tapi kita takde luck!!..hehe..sempat gak GM and senior HR berkarok-OK..tapi sebenarnya masa 'peserta AF' lain tengah layan diri berkarok-xOK..yang lain dah keluar restaurant..dah tak sabar nak naik bus balik hotel..dorang nak gi night market..ada yang plan nak balik naik teksi jer..semangat betul nak ukur jalan dorang ni..mama and abah??kami rileks je..heheh..


menu dinner yg sgt best..ya..kita makan puas2..

gang2 abah..full restaurant tu..

yang baju hijau tu dpt lucky draw holiday tajaan enesty travel& tour ke mana2 destinasi..fuh..best..

hohohoh..en din nyanyi penuh perasaan & penghayatan

ni hah..GM pon xnak kalah..sib baik karok-OK

Night Market

Mama rasa inilah acara kemuncak aktiviti trip hari ni..sepanjang jalan berkilo2 meter tu asyik jumpa muka2 staff gas malaysia..siap ada yang jadi infomer bagitau area mana or kedai mana yang best lagi murah..mama beli t-shirt cap chiang mai..colourful bag..barang hiasan rumah..penuh la bag jusco mama tu..dalam market ni susah nak nampak stall jual barang yang sama..dorang jahit sendiri decoration pada bag..knit sendiri jadi bentuk bear..apa design kita nak dorang buatkan..kita balik bila faris dah ngantuk sampai tertido..

Anusarn Market..wajib masuk ye..

snaks..macam2 ada..seman beli kerepek durian & nangka

colourful bag

abah offer lampu tu..tapi mama biasa la jual mahal then nyesal..hambek ko..

panting kat canvas..100bhat je..abah beli...

activities for 2morrow lagi besh...tungguuu..