Tuesday, February 25, 2014

Resepi Bihun Sup Utara yang Sedap Beserta Tutorial


Assalamualaikum..

Lama ibu menyepi tetiba muncul dengan resepi..ewahhh..kelas tak ibu korang??*sambil hembus kuku*

2 kali tambah..hihi
Dah banyak kali try resepi ni..1st try masa open house raya tahun 2013..pernah terjadi kes xpuas makan kat Ani Sup Utara..balik tu terus gi market cari bahan2..pastu bila teringin buat lagi..puas makan ulang2 sampai kembung..korang 2 bradik pon suka jugak..

Lupa nama blog yang bagi resepi ni sebab jumpa resepi yang senang terus copy & paste..dalam resepi asal tu kuantiti bahan memang banyak macam nak bukak gerai..ibu follow la sebijik2 sebab memang buat untuk ramai tetamu,,sib baik menjadi..teringat masa belajar kat Kedah dulu..bila gi Jitra mesti beli bihun sup utara daging..

Ok..ibu try kurangkan kuantiti bahan..agak2 resepi untuk 1 bungkus bihun dan 1 periuk kukus sup..terlebih terkurang adjust ikut tekak masing2 la ye..

BAHAN-BAHAN SUP:


1 kg Daging (potong ketulan besar)
1 kg tulang (kalau nak)



BAHAN YANG PERLU DIBERSIHKAN SEBERSIH-BERSIHNYA: * bahan2 ni tak payah buang kulit
4 batang serai (titik)*
1 ketul sedang lengkuas (titik) *
1 ketul sedang halia (titik) *
2 labu bawang putih (potong sikit hujungnya)*
6 biji bawang merah kecik*
1 batang daun leek (potong 2)*
3 batang calery (potong 2)*
beberapa helai daun pandan - simpulkan *
 
calery takde time ni..belasah aje..

ni rupa paras daun leek
3 ketul kiub ayam
4 batang kulit kayu manis
6 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga
2 sudu makan lada hitam (blend halus)

Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Pak aji (tak letak pon)
Air secukupnya (daging mesti tenggelam)

1. Masukkan daging ke dalam periuk besar dan dikuti dengan air sehingga daging tenggelam dan hampir 3/4 penuh periuk. Letak periuk atas api.
2. Bila sudah mendidih masukkan kesemua bahan yang telah dibersihkan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. Biarkan ia masak 2-3 jam supaya daging ketulan besar dapat empuk dengan sempurna. (air boleh di tambah jika surut).
3. Setelah daging empuk keluarkan kesemua bahan yang direbus bersama daging tadi. Hanya tinggalkan ketulan daging yang besar.

*Cara ibu: lebur semua daging, bahan2 berkulit dan rempah 3 serangkai tu dalam periuk sampai daging empuk baru tapis..isi bawang putih yang dah lembut ibu picit keluarkan isi dan blender dengan sedikit kuah sup..tuang balik dalam sup tadi..

lebur cenggini..gerun ye tengok banyak sangat bendasing
*Rebus daging sampai empuk tau bukan hancur macam buat serunding..agak2 cantik bila dihiris dan lembut dikunyah ok la tu..

4. Teruskan merebus dan masukkan kiub ayam, gula, pak aji, garam, lada hitam. Bolehlah dirasa kuah sup ini. Sebatikan rasanya seimbang.
5. Bila sudah secukup rasa angkatlah ke semua ketulan daging di dalam periuk besar tadi. Sejukkan dan bolehlah di potong untuk jadikan bahan hiasan bihun sup.

** Untuk pengetahuan: kuah sup ini hanya kelihatan kosong tanpa ada tinggal satu bahan pun di dalam kuahnya termasuklah rempah 3 serangkai tadi.


BIHUN:

1 bungkus bihun -rendam + serbuk kunyit/pewarna kuning telur
Bila bihun sudah agak lembut bolehlah dicelur sekejap @ dikukus 

ini bukan kuning lagi oren dah ni..tapi lepas celur cantik je jadi kunin..KUNIN??



HIASAN / TABUR:
Daging ketulan besar yang telah direbus empuk - dipotong kiub kecil2
Daun sup dihiris halus
Daun bawang dihiris halau (kalau suka)
Bawang goreng secukupnya
Lobak masin - dicincang halus halus

SAMBAL KICAP:

Kicap
Cili api
Bawang putih
Limau nipis @ lemon ambil jusnya
* sedikit bawang goreng - jika suka
Sedikit minyak 
Gula melaka (kikis isi)

1. Panaskan minyak. Goreng cili api hingga layu dan angkat. Sejukkan sekejap.
2. Bawang dilayur pada api sekejap @ gorengkan dan angkat. *cara ibu: goreng cili api dan bawang putih sekali sampai layu
3. Tuang kicap dalam blender masukkan cili api dan bawang putih goreng blend hingga sebati. Jika suka bolehlah diblend sekali dengan sedikit bawang goreng hingga sebati. *cara ibu: suka letak bawang goreng sebab wangi..masuk sekali hirisan gula melaka sebab nak balance rasa pedas manis masam tu..
4. Tuangkan ke dalam mangkuk masukkan jus limau dan gaulkan sehingga secukup rasa.
 
bawang putih dan gula melaka malu nak interprem
SAMBAL CILI :

½ cawan serbuk cili babas
½ sudu besar bawang putih dan merah mesin (ambik dr bawang buat kuah sup tadi pun boleh tapi jgn letak halia)
½ cawan air (boleh tambah jika terlalu pekat)
50 gm gula melaka @ gula hitam
½ sudu besar asam jawa (dibancuh dgn air tadi)
perasakan dgn garam dan tok aji sikit
sedikit minyak utk menumis.

Cara2
1. Panaskan minyak api perlahan, tumis bawang kejap then masukkan serbuk cili kacau jgn sampai hangit.
2. Masukkan air asam jawa, gula melaka, garam & serbuk perasa secukupnya. Kacau hingga sebati jgn ada yg berketul. Biarkan ia pekat kacau2 sikit tapi hati2 sambal ini akan meletup2 mcm masak dodol jadi gunakan api yg perlahan. Rasakan sambal biar secukup rasa.. ada rasa masin, manis & masam... pedas semestinyaa
3. Sedia dihidangkan bersama2 dengan bihun & seangkatan dengan nya 

Wednesday, November 6, 2013

Trip to Korea 2013 - slide pictures


Assalamualaikum anak2 ibu..

Banyak hal yang dah berlaku dalam family kita..yang best yang tak best tapi takde kesempatan nak share dalam blog..cerita pasal trip ke Korea pon tak abis..ok fine..ibu dah MALAS nak story abis sebab dah lupa..

Tapikan..tapikan..

Oleh sebab ibu awal2 dah menjangkakan kemalasan itu pasti akan melanda..makanya ibu dah upload video slide gambar2 yang abah buat dalam youtube..durasinya saje nak dekat setengah jam..tapi part hujung2 tu la yang paling syok..sila tengok dari awal sampai habis tau anak2..


Note: Ibu dah resign..hahaha..kiranya start bulan may 2013 ibu dah dok rumah jaga family..nanti ada masa ibu cerita pasal ni..ok..muah muah faris and husna..

Monday, March 18, 2013

KOREA PART 4 - Cheongwadae Sarangchae Exhibition and Museum

Assalamualaikum...yaaa ampuunnn..

sorry sangat2..lama gila tak sambung entry korea kita nih..ibu busy dengan projek baru..ok..tak nak buang masa..sekarang ibu regangkan jari-jemari lentik and recall semua memories kat korea..

lepas puas berjimbaan di Nami Island, kita ke tempat ni pulak..Cheongwadae atau nama lainnya adalah Blue House..kalau kat America dorang ada White House..kenapa Blue House??sebab roof tiles dia kaler blue..hehe..bangunan tu adalah kediaman president korea..dalam picture bawah tak nampak sangat kaler biru..
berdepan dengan Blue House terletaknya Sarangchae (Exhibition and Musuem)..kat dalam bangunan ni terdapat banyak informasi mengenai president2 yang pernah mentadbir korea selatan serta sejarah korea..

abang polis berdiri tegak je..ensem2 polis korea ni ye..time ni walaupon ada matahari tapi angin sangat sejuk..asik keluar asap dari mulut and hidung..kejung jari tak pakai glove..
ibu tak tau ini burung apa..tapi dalam setiap surat rasmi kerajaan korea mesti ada lambang ni..merak ke dragon ek..
yang paling kiri ni president korea sekarang..yang sebelah kanan (Roh Moo-Hyun) ni lah yang bukak Cheongwadae kepada public..dia mentadbir tak lama (2003-2008) sebab bunuh diri dengan terjun gaung setinggi 45m kat belakang rumah dia..reasonnya??ada salah sorang ahli family dia terlibat dengan rasuah..so mungkin rasa terpalit sekali buat dia nekad bunuh diri..sadis..sadis..bukan dia yang terima rasuah pon!!
kat dalam ada 3D screen..caranya..berdiri kat petak hitam tu..then jalan atas petak sambil tengok screen..screen ni akan bawak kita explore Blue House dari luar sampai masuk ke dalam bangunan tu..terkial2 tengok mat saleh ni jalan atas petak tu..hehe

ini baru kena dengan peribahasa 'tangan yang menghayun buai boleh menggegar dunia'..hehe..rasa semacam plak duduk kat kerusi president nih..macam besar je tanggungjawab..'president' bawak anak la..
 view cheongwadae dari sarangchae..cool je dengan bukit-bukau sebagai latar belakang..

kat situ ada kamera yang boleh shoot picture and tulis la apa2 atas touch screen then click view..keluar la kat 1 screen besar..cari kitorg kat mana..huhu..nyorokkkk...



ada 4 keping je bank note korea..senang wei nak soping..hehe..kalau malaysia tolak tepi coins, kita ada RM1, RM5, RM10, RM20, RM50, RM100..err ada lagi yang tak masuk list??
faris tengok apa tu???bahaha..tengah merenung vanding machine sambil telan ailior..ni bukan sembarangan vanding machine..touch screen okeh..faris pandang abah mintak beli..abah belikan jugak sebab nak merasa touch2 the screen..hehe
cantik pulak picture ni..tapi muka ibu ada sikit kerut..hehe

bye..kita nak gi soping dahhh lepas nih..

Friday, February 22, 2013

KOREA PART 3 - Nami Island

Assalamualaikum anak2 ibu,

AMARAN: entry yang agak panjang sebab banyak piccas..

2 FEB 2013

ini entry khas untuk Nami Island sahaja sebab berjimba2an kat sana je dah makan separuh hari..inilah tempat yang ibu nak sangat jejak..terbayang2 suasana macam dalam drama Winter Sonata..penuh salji memutih..barisan pokok pine yang tinggi mencapai awan..perghhhhhhhh..

breakfast pagi tu kat restoran bawah ni..kat area Itaewon memang mudah nak dapat makanan halal..restoran halal melambak2 dari pakistan, indonesia, turki etc..kedai daging or ayam halal pun ada..suhu pagi tu jatuh mendadak kalau tak silap dalam -10degree celsius sebab semalam seharian hujan..pada ibu sangat sejuk la..dasar lemak nipis!!hehe


1st time tengok..jakun kejap..tak pernah terfikir ada 'heater fan' (ibu yang bagi nama)..dalam restoran tu memang dah ada heater to warm up the temperature tapi tak terasa sangat..heater fan ni just extra je..lagipon jenis portable..ibu berdiri jap kat depan kipas..arghhh..leganya..
dia ni tour guard bas B..kita bas A..macam pelakon korea plak ibu tenung muka dia lama2..haip..maksud ibu muka dia ni ada value jadi pelakon la..masa tumpang bas B dia ada story pasal karektor sebenar lelaki korea..

"only in drama u can see man cry2 for woman..but not in reality..u know about korean blind date??i also had the experience too..3 times..but i put KIV on the 2nd one because she younger then me and got a good job..hahaha..most of korean people don't have time for love..they only focused on works"

"i'm grade from U  (somewhere in korea, ibu lupa nama U), do u think i'm a smart??no, i'm not smart..in the class i was at 39th, second last...hahaha"

banyak yang dia story..tapi ibu ringkaskan je ni..
macam kembar tiga je..hehe..ampun abah..
kebetulan kat restoran ni ada tersedia maggi (maggi segera yang orang korea selalu makan tu)..yeay..suka suka suka..kat rumah kita abah haramkan maggi so kat sini kita berdua pulun habis2an..slurrppp...
macam2 jenis makanan ala masakan india..banyak yang boleh husna makan selain naan je..kena kasi husna kenyang sebab nak jalan jauh..
deco yang simple tapi nampak macam elegant pada mata ibu..
ibu yang kepenatan dan tak cukup tido..comeeeeeel je kan husna (ibu pon)..kat korea memang asyik berkepit je dengan ibu..share haba la katakan..eleh abah snap pic ibu tido ek..naper la ibu tak terfikir nak buat benda yang sama..abah pon sepanjang perjalanan tu tido je..perjalanan yang makan masa dalam 1jam..peluang yang bagus untuk tido..zzzzzzzzz..
oleh sebab hari tu adalah sabtu or off day, makanya memang dah dijangka selain foreigner, orang korea pon ramai yang datang ke Nami Island..tempat parking bas dan kereta penuh..
 laluan ke arah ferry..kebetulan dah ada ferry tunggu..cepat2 lari naik ferry kejar group gas msia..hehe..ralit tengok sekeliling..masyaAllah..
fees untuk foreigner 8,000 (return) dan untuk bawah 3tahun free..ferry schedule every 10-20minutes from 9am - 9.45pm..

yeay!!boat dah gerak..
 kat luar ferry angin sangat sejuk..kat dalam ni warm sket..sian plak kat husna..husna tengah tido masa nih..kejung je ibu tengok husna..hehe
akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kini pasti...jejak jugak kaki ibu kat sini..senyum2 je ibu..dalam 5minit je dah sampai..yeay..pulau ni 63km dari Seoul..seluas 480,000m2 dan terletak di atas Tasik Cheongpyeong..pulau ni dinamakan sempena Ganeral Nami yang sangat berani dalam peperangan tapi meninggal pada usia 26tahun..gitew history nya..
sampai kat sini tour guide bas A offer nak snap pic family kita..dia kata kat situlah permulaan pokok yang berbaris panjang tu.ooo ok..sila sila..
senyum2 ibu pon ada sket rasa tak syok sebab tak dapat tengok salji yang memutih sebab snow melting and the track was very slippery..kan semalam hujan..kita kena jalan pelan2..ibu dah la bawak husna..memang payah nak jalan sport shoe tak boleh grip permukaan licin yang dah jadi ais keras..adalah sket sisa2 salji buat penawar sedih..uhuk..
 hehehe..faris pandang atas tengok ranting2 pokok..husna bantai membuta..seboleh2nya ibu elak husna dari terkena angin..sejuk ooo angin..hidung and pipi husna dah start merah..
 Nami Island ni luas..oleh sebab kawasan ni pernah jadi tempat shoot drama Winter Sonata so ada patung pelakon dia, meja tempat dorang buat snowman, kayu yang pempuan tu jalan..pendek cerita, semua tempat scenes atau props dorang kekalkan..tapi jauh sangat tempatnya..kita tak jalan sampai sana pun..
 kalau nak layan view dari kawasan tinggi boleh je naik menatang tu keliling pulau..ibu tak tau nama and tak tau nak naik dari mana..so jalan kaki je pelan2..

 haaaah kan..see see..lapisan bawah tu snow yang dah cair then mengeras..jadi la permukaan yang licin tu..tp sebab ada pasir boleh la jalan pelan2..
jangan risau..kat sini ada musolla (surau) and restoran halal..ada kat antara bangunan yang sederet tu..

 kawasan ni kalau ada snow memang cantik...ermmm...its okey..ibu okey..huhu
 permukaan sungai yang beku..Allahuakbar cantiknya..

 tak tau apa motif patung ni..tapi kalau untuk breastfeed mum mesti teringat nak breastfeed anak (ibu letew)..lupa nak pesan pakai nursing cover kat patung tu..hehe
 model of the year ibu..abah paling suka pic ni..ibu pon!!
 ibu agak kalau spring or autumn season mesti lagi cantik pulau ni..penuh dengan bunga2 dan daun..

lunch kita makan nasi dalam metal box yang panas..ibu tak tau nama 'scientific' makanan ni tapi dalam box tu ada nasi, kimchi dan telur..sebelum makan kena goncang2 dulu pakai glove (tu yang yellow colour)..kalau tak melecur tangan..
dimakan dengan sup fish cake..kimchi ni pedas so husna makan nasi yang tak kena kimchi sambil hirup sup (kalau ibu tau ada kimchi tak yah goncang)..tengok mulut kembung husna..selera betul makan..ooo sejuk2 ni memang lapar kan??
honestly, tekak ibu takleh terima..ibu just makan telur dengan sup..abah bedal sampai licin..
 wajah ala korea husna...cute = 귀여워 (kui-yo-wo)..
 proud abis tu..bendera malaysia sebelah korea..memang ramai orang kita datang ke korea..lagi2 sejak ada Airasia X..now everyone can fly..jom abah kita repeat..kali ni kita fly dengan AA plak..hehe
 rasanya dalam 2pm kita semua naik ferry balik tanah besar..bye bye Nami Island..wish to see u again..and again??
huihhhhhhhhhhhhhhhhhhh..umangngai..agaknya penuh macam tu kot ferry yang kita naik..dah petang pon still ramai yang datang..

conclusion-nya, ibu tetap bersyukur dapat datang ke pulau ni..tekde snow pon still ibu kagum dengan pemandangan yang cantik2..ibu dah sakit pinggang dukung husna..kalau tak dari hujung ke hujung ibu terjah..

abah..ibu nak datang lagi sini tapi spring or autumn ye..hehe..

bye..muah..muah..