Friday, February 22, 2013

KOREA PART 3 - Nami Island

Assalamualaikum anak2 ibu,

AMARAN: entry yang agak panjang sebab banyak piccas..

2 FEB 2013

ini entry khas untuk Nami Island sahaja sebab berjimba2an kat sana je dah makan separuh hari..inilah tempat yang ibu nak sangat jejak..terbayang2 suasana macam dalam drama Winter Sonata..penuh salji memutih..barisan pokok pine yang tinggi mencapai awan..perghhhhhhhh..

breakfast pagi tu kat restoran bawah ni..kat area Itaewon memang mudah nak dapat makanan halal..restoran halal melambak2 dari pakistan, indonesia, turki etc..kedai daging or ayam halal pun ada..suhu pagi tu jatuh mendadak kalau tak silap dalam -10degree celsius sebab semalam seharian hujan..pada ibu sangat sejuk la..dasar lemak nipis!!hehe


1st time tengok..jakun kejap..tak pernah terfikir ada 'heater fan' (ibu yang bagi nama)..dalam restoran tu memang dah ada heater to warm up the temperature tapi tak terasa sangat..heater fan ni just extra je..lagipon jenis portable..ibu berdiri jap kat depan kipas..arghhh..leganya..
dia ni tour guard bas B..kita bas A..macam pelakon korea plak ibu tenung muka dia lama2..haip..maksud ibu muka dia ni ada value jadi pelakon la..masa tumpang bas B dia ada story pasal karektor sebenar lelaki korea..

"only in drama u can see man cry2 for woman..but not in reality..u know about korean blind date??i also had the experience too..3 times..but i put KIV on the 2nd one because she younger then me and got a good job..hahaha..most of korean people don't have time for love..they only focused on works"

"i'm grade from U  (somewhere in korea, ibu lupa nama U), do u think i'm a smart??no, i'm not smart..in the class i was at 39th, second last...hahaha"

banyak yang dia story..tapi ibu ringkaskan je ni..
macam kembar tiga je..hehe..ampun abah..
kebetulan kat restoran ni ada tersedia maggi (maggi segera yang orang korea selalu makan tu)..yeay..suka suka suka..kat rumah kita abah haramkan maggi so kat sini kita berdua pulun habis2an..slurrppp...
macam2 jenis makanan ala masakan india..banyak yang boleh husna makan selain naan je..kena kasi husna kenyang sebab nak jalan jauh..
deco yang simple tapi nampak macam elegant pada mata ibu..
ibu yang kepenatan dan tak cukup tido..comeeeeeel je kan husna (ibu pon)..kat korea memang asyik berkepit je dengan ibu..share haba la katakan..eleh abah snap pic ibu tido ek..naper la ibu tak terfikir nak buat benda yang sama..abah pon sepanjang perjalanan tu tido je..perjalanan yang makan masa dalam 1jam..peluang yang bagus untuk tido..zzzzzzzzz..
oleh sebab hari tu adalah sabtu or off day, makanya memang dah dijangka selain foreigner, orang korea pon ramai yang datang ke Nami Island..tempat parking bas dan kereta penuh..
 laluan ke arah ferry..kebetulan dah ada ferry tunggu..cepat2 lari naik ferry kejar group gas msia..hehe..ralit tengok sekeliling..masyaAllah..
fees untuk foreigner 8,000 (return) dan untuk bawah 3tahun free..ferry schedule every 10-20minutes from 9am - 9.45pm..

yeay!!boat dah gerak..
 kat luar ferry angin sangat sejuk..kat dalam ni warm sket..sian plak kat husna..husna tengah tido masa nih..kejung je ibu tengok husna..hehe
akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kini pasti...jejak jugak kaki ibu kat sini..senyum2 je ibu..dalam 5minit je dah sampai..yeay..pulau ni 63km dari Seoul..seluas 480,000m2 dan terletak di atas Tasik Cheongpyeong..pulau ni dinamakan sempena Ganeral Nami yang sangat berani dalam peperangan tapi meninggal pada usia 26tahun..gitew history nya..
sampai kat sini tour guide bas A offer nak snap pic family kita..dia kata kat situlah permulaan pokok yang berbaris panjang tu.ooo ok..sila sila..
senyum2 ibu pon ada sket rasa tak syok sebab tak dapat tengok salji yang memutih sebab snow melting and the track was very slippery..kan semalam hujan..kita kena jalan pelan2..ibu dah la bawak husna..memang payah nak jalan sport shoe tak boleh grip permukaan licin yang dah jadi ais keras..adalah sket sisa2 salji buat penawar sedih..uhuk..
 hehehe..faris pandang atas tengok ranting2 pokok..husna bantai membuta..seboleh2nya ibu elak husna dari terkena angin..sejuk ooo angin..hidung and pipi husna dah start merah..
 Nami Island ni luas..oleh sebab kawasan ni pernah jadi tempat shoot drama Winter Sonata so ada patung pelakon dia, meja tempat dorang buat snowman, kayu yang pempuan tu jalan..pendek cerita, semua tempat scenes atau props dorang kekalkan..tapi jauh sangat tempatnya..kita tak jalan sampai sana pun..
 kalau nak layan view dari kawasan tinggi boleh je naik menatang tu keliling pulau..ibu tak tau nama and tak tau nak naik dari mana..so jalan kaki je pelan2..

 haaaah kan..see see..lapisan bawah tu snow yang dah cair then mengeras..jadi la permukaan yang licin tu..tp sebab ada pasir boleh la jalan pelan2..
jangan risau..kat sini ada musolla (surau) and restoran halal..ada kat antara bangunan yang sederet tu..

 kawasan ni kalau ada snow memang cantik...ermmm...its okey..ibu okey..huhu
 permukaan sungai yang beku..Allahuakbar cantiknya..

 tak tau apa motif patung ni..tapi kalau untuk breastfeed mum mesti teringat nak breastfeed anak (ibu letew)..lupa nak pesan pakai nursing cover kat patung tu..hehe
 model of the year ibu..abah paling suka pic ni..ibu pon!!
 ibu agak kalau spring or autumn season mesti lagi cantik pulau ni..penuh dengan bunga2 dan daun..

lunch kita makan nasi dalam metal box yang panas..ibu tak tau nama 'scientific' makanan ni tapi dalam box tu ada nasi, kimchi dan telur..sebelum makan kena goncang2 dulu pakai glove (tu yang yellow colour)..kalau tak melecur tangan..
dimakan dengan sup fish cake..kimchi ni pedas so husna makan nasi yang tak kena kimchi sambil hirup sup (kalau ibu tau ada kimchi tak yah goncang)..tengok mulut kembung husna..selera betul makan..ooo sejuk2 ni memang lapar kan??
honestly, tekak ibu takleh terima..ibu just makan telur dengan sup..abah bedal sampai licin..
 wajah ala korea husna...cute = 귀여워 (kui-yo-wo)..
 proud abis tu..bendera malaysia sebelah korea..memang ramai orang kita datang ke korea..lagi2 sejak ada Airasia X..now everyone can fly..jom abah kita repeat..kali ni kita fly dengan AA plak..hehe
 rasanya dalam 2pm kita semua naik ferry balik tanah besar..bye bye Nami Island..wish to see u again..and again??
huihhhhhhhhhhhhhhhhhhh..umangngai..agaknya penuh macam tu kot ferry yang kita naik..dah petang pon still ramai yang datang..

conclusion-nya, ibu tetap bersyukur dapat datang ke pulau ni..tekde snow pon still ibu kagum dengan pemandangan yang cantik2..ibu dah sakit pinggang dukung husna..kalau tak dari hujung ke hujung ibu terjah..

abah..ibu nak datang lagi sini tapi spring or autumn ye..hehe..

bye..muah..muah..




Wednesday, February 20, 2013

KOREA PART 2 - Sightseeing (Itaewon)

Assalamualaikum..

minggu yang sangat down untuk ibu..down sebab kerja je pon..biaq pi la hal kerja..ok..sekarang kije dah settle..tarik napaaaaasss...hembusssssssssss.....

ibu nak continue story trip kita ke korea..hewhew..

yang ibu perasan orang korea ni dalam pukul 7.30pm (korea time) dorang dah abis kerja and on the way balik rumah or pergi having fun either kat cafe or pub..hehe..baru la ibu jumpa orang korea yang putih melepak macam dalam drama korea tu..




kalau kat malaysia ada Alicafe Restaurant..kat korea ada Cafe Nescafe..hehe..cool!!sepanjang perjalanan tu susah nak nampak sampah..bersih je..

masa tengah jalan2 tu ternampak kedai souvenirs ni..so apa lagi terus singgah nak tengok2 apa yang patut dibeli..kat luar kedai ada display barang tapi takde orang jaga..rupanya kena naik atas lagi melambak barangnya..
masuk je kedai tu..ibu bukan tergamam tengok barang jualan dia..tapi tengok ceiling and dinding yang penuh ditampal kertas size A4..ibu ralit baca apa yang ditulis dari barang yang di-display..hahaha..macam2 ucapan dari pembeli yang pernah datang..mostly dari malaysia, philippine, saudi arabia, indon etc..syok baca!!

ahjumma (makcik) si tokey kedai..lupa nak ambek picture ahjussi (pakcik), husband dia..dua2 pandai cakap melayu.."oo..itu tujuh ribu".."ada..ada..sana.."..hehe senang sikit nak ber-communicate..
ermmm...kedai dia takde la besar sangat tapi barang souvenirs dia sangat banyak..time ni ibu konon just check harga je..dah plan kalau kat tempat lain mahal nanti last day boleh jalan kaki datang beli kat kedai ni..so just beli fridge magnetic je beberapa ketul..
hahhhhh...penuh kan dengan ucapan siap letak duit negara masing2 lagi..lupa plak ibu nak tanya macam mana boleh timbul idea bernas nih..
ni kertas yang tampal kat ceiling..lenguh kepala nak baca..
oleh sebab time tu tengah winter so kat kedai banyak jual winter clothes..yang ibu perasan style orang korea sangat up to date..even though tengah winter pon mesti nak bergaya sakan..ibu still wondering camne pempuan korea boleh tahan sejuk kaki dengan pakai legging je..ermmm..belek2 tengok harganya pon boleh tahan..huhu..
kalau dalam drama korea mesti ada adegan naik bukit nak balik rumah kan..kat atas tu kawasan perumahan tau..kat bahagian depan kedai je sepanjang jalan..kalau masuk ke dalam dah kawasan rumah..abah ajak naik..takut la..
sejuk sangat..kalau cakap ada keluar asap..ibu lupa pakai glove so jari macam kejung..hehe..comel faris..dalam keadaan sejuk2 tu husna asyik tido je..good..senang ibu nak handle..
okey..dah sampai depan hotal..kejang kaki..nak cepat naik bilik..kita nak mandi and tido..esok kita akan ke Nami Island..lagi jauh nak berjalan..
view dari bilik kita kat level 7..so nice..bilik ada heater sedap je tido..zzzzzzzzzzzz...