Sunday, May 13, 2012

Ibu..ratu hati Faris & Aisyah

Assalamualaikum sayang ibu dan manja ibu...

Alhamdulillah dah 3tahun ibu bergelar seorang ibu..ibu yang melahirkan, menyusukan, menjaga keperluan dan membesarkan faris n aisyah..jangan lupa ye.. ibu ni jugak yang kuat berleter, memarahi, memukul dan mengejar dengan rotan bila korang nakal..naluri keibuan datang bila kali pertama merasa tendangan faris..naluri tu semakin kuat bila faris ada dalam dakapan ibu..satu perasaan yang aneh tapi mendamaikan..membahagiakan..

Kehadiran aisyah sangat2 ibu n abah nantikan..kalau faris buah cinta pertama, aisyah pulak pelengkap cinta ibu n abah..ibu jeles abah ada gang main bola..gang ikat mata kail..gang layan bola..sekarang ibu pun dah ada gang..tunggu aisyah besar sikit..kitorang boleh jadi gang kamceng..gang dapur..gang jahit..gang kemas..hehe

Ibu bukan la ibu yang perfect tapi ibu berusaha memberi yang terbaik untuk anak2 ibu..jugak untuk abah..ye..ye ada masa ibu ni memang pemalas..ibu malas masak banyak2..malas nak lipat kain..malas kemas rumah..sebab ibu nak spend quality time dengan family ibu dihujung minggu..nanti ibu qada' la buat semua kerja tu..ye lettew...ehhh.kalau datang rajin ibu dari pagi sampai malam non-stop tau..

Di waktu ini, ibu2 orang lain tengah dapat present dapat wish dari asben dorang..ibu kat rumah tinggal bertiga je dengan faris n aisyah..asben ibu tengah seronok mencandat sotong..kang balik sila make sure ada hasil tangkapan ye..sotong la kot present untuk ibu tahun ni..ermm..ada gak present-nye ye tak???

Ibu bersyukur diberi peluang menjadi 'kilang'..production baru ada 2..semoga kilang ibu masih boleh beroperasi untuk menghasilkan production2 baru..sangat berbeza jadi ibu beranak 2 ni..kena adil dan saksama..memula ibu asik la nak tensen tapi lama2 ibu dah boleh tackle problem yang datang..akan ibu kenang kejadian tiap kali nak tido je badan ibu kena ngereng ke kanan breastfeed aisyah tapi tangan kiri ibu ampu kepala faris..ouh..tangan ibu rasa nak terkehel..ni kes dua2 tak nak mengalah..ibu dah tak kisah janji dua2 anak ibu lena..pastu boleh lenakan abah plak..eh??

InsyaAllah ibu berusaha menjadi 'the best' di mata anak2 ibu dan family kita..takde yang membahagiakan selain berkumpul dengan family sendiri..hatta berebut katil pon dah buat ibu happy sebab memang cukup katil tu untuk kita bertiga..abah lagi suka tido kat bawah..kan abah cakap kalau tido atas tilam abah rasa macam tenggelam..tengok size body la..huhu

SELAMAT HARI IBU..

P/S: Perangai sama kita sekeluarga adalah bantai kentut kuat2..abah yang mula dulu..then faris ikut..sekarang aisyah pun hebat and lagi panjang..ibu memula malu2 lelama best gak ek..hahahahaha..maha tak senonoh keluarga ini..aksi kentut hanyalah di dalam rumah SAHAJA..