Tuesday, February 25, 2014

Resepi Bihun Sup Utara yang Sedap Beserta Tutorial


Assalamualaikum..

Lama ibu menyepi tetiba muncul dengan resepi..ewahhh..kelas tak ibu korang??*sambil hembus kuku*

2 kali tambah..hihi
Dah banyak kali try resepi ni..1st try masa open house raya tahun 2013..pernah terjadi kes xpuas makan kat Ani Sup Utara..balik tu terus gi market cari bahan2..pastu bila teringin buat lagi..puas makan ulang2 sampai kembung..korang 2 bradik pon suka jugak..

Lupa nama blog yang bagi resepi ni sebab jumpa resepi yang senang terus copy & paste..dalam resepi asal tu kuantiti bahan memang banyak macam nak bukak gerai..ibu follow la sebijik2 sebab memang buat untuk ramai tetamu,,sib baik menjadi..teringat masa belajar kat Kedah dulu..bila gi Jitra mesti beli bihun sup utara daging..

Ok..ibu try kurangkan kuantiti bahan..agak2 resepi untuk 1 bungkus bihun dan 1 periuk kukus sup..terlebih terkurang adjust ikut tekak masing2 la ye..

BAHAN-BAHAN SUP:


1 kg Daging (potong ketulan besar)
1 kg tulang (kalau nak)



BAHAN YANG PERLU DIBERSIHKAN SEBERSIH-BERSIHNYA: * bahan2 ni tak payah buang kulit
4 batang serai (titik)*
1 ketul sedang lengkuas (titik) *
1 ketul sedang halia (titik) *
2 labu bawang putih (potong sikit hujungnya)*
6 biji bawang merah kecik*
1 batang daun leek (potong 2)*
3 batang calery (potong 2)*
beberapa helai daun pandan - simpulkan *
 
calery takde time ni..belasah aje..

ni rupa paras daun leek
3 ketul kiub ayam
4 batang kulit kayu manis
6 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga
2 sudu makan lada hitam (blend halus)

Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Pak aji (tak letak pon)
Air secukupnya (daging mesti tenggelam)

1. Masukkan daging ke dalam periuk besar dan dikuti dengan air sehingga daging tenggelam dan hampir 3/4 penuh periuk. Letak periuk atas api.
2. Bila sudah mendidih masukkan kesemua bahan yang telah dibersihkan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. Biarkan ia masak 2-3 jam supaya daging ketulan besar dapat empuk dengan sempurna. (air boleh di tambah jika surut).
3. Setelah daging empuk keluarkan kesemua bahan yang direbus bersama daging tadi. Hanya tinggalkan ketulan daging yang besar.

*Cara ibu: lebur semua daging, bahan2 berkulit dan rempah 3 serangkai tu dalam periuk sampai daging empuk baru tapis..isi bawang putih yang dah lembut ibu picit keluarkan isi dan blender dengan sedikit kuah sup..tuang balik dalam sup tadi..

lebur cenggini..gerun ye tengok banyak sangat bendasing
*Rebus daging sampai empuk tau bukan hancur macam buat serunding..agak2 cantik bila dihiris dan lembut dikunyah ok la tu..

4. Teruskan merebus dan masukkan kiub ayam, gula, pak aji, garam, lada hitam. Bolehlah dirasa kuah sup ini. Sebatikan rasanya seimbang.
5. Bila sudah secukup rasa angkatlah ke semua ketulan daging di dalam periuk besar tadi. Sejukkan dan bolehlah di potong untuk jadikan bahan hiasan bihun sup.

** Untuk pengetahuan: kuah sup ini hanya kelihatan kosong tanpa ada tinggal satu bahan pun di dalam kuahnya termasuklah rempah 3 serangkai tadi.


BIHUN:

1 bungkus bihun -rendam + serbuk kunyit/pewarna kuning telur
Bila bihun sudah agak lembut bolehlah dicelur sekejap @ dikukus 

ini bukan kuning lagi oren dah ni..tapi lepas celur cantik je jadi kunin..KUNIN??



HIASAN / TABUR:
Daging ketulan besar yang telah direbus empuk - dipotong kiub kecil2
Daun sup dihiris halus
Daun bawang dihiris halau (kalau suka)
Bawang goreng secukupnya
Lobak masin - dicincang halus halus

SAMBAL KICAP:

Kicap
Cili api
Bawang putih
Limau nipis @ lemon ambil jusnya
* sedikit bawang goreng - jika suka
Sedikit minyak 
Gula melaka (kikis isi)

1. Panaskan minyak. Goreng cili api hingga layu dan angkat. Sejukkan sekejap.
2. Bawang dilayur pada api sekejap @ gorengkan dan angkat. *cara ibu: goreng cili api dan bawang putih sekali sampai layu
3. Tuang kicap dalam blender masukkan cili api dan bawang putih goreng blend hingga sebati. Jika suka bolehlah diblend sekali dengan sedikit bawang goreng hingga sebati. *cara ibu: suka letak bawang goreng sebab wangi..masuk sekali hirisan gula melaka sebab nak balance rasa pedas manis masam tu..
4. Tuangkan ke dalam mangkuk masukkan jus limau dan gaulkan sehingga secukup rasa.
 
bawang putih dan gula melaka malu nak interprem
SAMBAL CILI :

½ cawan serbuk cili babas
½ sudu besar bawang putih dan merah mesin (ambik dr bawang buat kuah sup tadi pun boleh tapi jgn letak halia)
½ cawan air (boleh tambah jika terlalu pekat)
50 gm gula melaka @ gula hitam
½ sudu besar asam jawa (dibancuh dgn air tadi)
perasakan dgn garam dan tok aji sikit
sedikit minyak utk menumis.

Cara2
1. Panaskan minyak api perlahan, tumis bawang kejap then masukkan serbuk cili kacau jgn sampai hangit.
2. Masukkan air asam jawa, gula melaka, garam & serbuk perasa secukupnya. Kacau hingga sebati jgn ada yg berketul. Biarkan ia pekat kacau2 sikit tapi hati2 sambal ini akan meletup2 mcm masak dodol jadi gunakan api yg perlahan. Rasakan sambal biar secukup rasa.. ada rasa masin, manis & masam... pedas semestinyaa
3. Sedia dihidangkan bersama2 dengan bihun & seangkatan dengan nya 

12 comments:

Anonymous said...

I'm not sure where you are getting your information, but
good topic. I needs to spend some time learning more or understanding more.

Thanks for fantastic info I was looking for this information for my mission.

Here is my homepage ... hilarioariw.wordpress.com - -

Lenny Resad said...

salam, nak tanya ibu,
utk kuah sup tu.. semua bahan d keluarkan sesusah daging empun, kecuali bawang puteh d blend dan masuk kembali.. jadi yg lain dah x pakai ke???? tq.. ehhehe nak belajar sbb suka sgt ... kalau boleh ibu jawab.. email kt sy faizahresad23@gmail.com.. tq byk2

Nor Sa'adah said...

yelah ibu... bahan2 yg direbus bersama tu td bila dikeluarkan mmg terus xdigunakan ker... nak try buat...

Anonymous said...

terima kasih ibu! da try n terangkat! moga ilmu yg d kongsikan mnjadi bekalan ibu d akhirat..

paksu said...

thorr baekkk.. jzkk

Anonymous said...

Sapa ckp omputih berterabur atas tu..hek3...jgn marah..Okla menu ni best!!

Unknown said...

bihun sup daging...

tumpg link yer...
dptkn ebook 111 formula rezeki disini...

http://bit.ly/kuasarezeki

AlamHati said...

feveret saya bihun sup utara... tp ssh dk skrg nk dpt bihun sup utara yg sedap walau dah duk utara

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Unknown said...

Alhamdulillah...sy dah try... menjadi... 😀😀😀
thank ibu empunya resipi.... Sedap!!!😋😋😋
Wa barokaatuhu

Anonymous said...

Ermmm trima kaseh kongsi cara buat sambal merah

Anonymous said...

Saya dah try raya lepas...memang terbaik..tapi bahan2 rebus yg berkulit td sy biarkan je dalam sup..melainkan bawang sy blend bawang merah n putih tu dan masukkan semula...sayang pulak kalau tak guna...sambal kicap pun mang sedap guna bawang goreng..semoga berkat ilmu yg dikongsi kerana buat ramai orang gembira kerana kekenyangan����